web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berhibur Sambil Menderma Bersama Misha Omar 

Misha Omar bakal menjayakan 'Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundrasing Gala Dinner' tahun hadapan demi mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 3:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The H Entertainments Sdn. Bhd. bakal melancarkan program amal makan malam 'Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner' yang akan diadakan pada 19 Februari 2022 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.  

Program amal yang berkonsepkan Black Tie ini dilaksanakan dengan sasaran utama merupakan syarikat korporat. Penampilan istimewa Misha Omar pada  makan malam  tersebut akan memeriahkan lagi suasana dan melunaskan kerinduan peminat untuk mendengar suara bertenaganya.

Malam tersebut diserikan juga dengan kemunculan artis undangan dari Akademi Fantasia iaitu Dafi dan Zarol Zarif. 

Tujuan utama program amal ini ialah untuk mengutip dana bagi membuat sumbangan kepada beberapa yayasan kebajikan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk anak yatim, bantuan kemasyarakatan serta modal insan.

Sumbangan akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Semerah Padi. Ia turut diserahkan kepada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dengan bantuan presidennya, Datuk Malek Ridzuan untuk diagihkan kepada anak-anak seni yang memerlukan.  

Selain itu, berikutan banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia, pihak The H Entertainment juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Pengarah Urusan Syarikat The H Entertaiment, Encik Arman Muhammad Mustafar berkata, mereka memilih Misha Omar kerana penyanyi itu tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebelum ini pun Misha aktif dalam menjayakan majlis korporat. Sudah tentu untuk menganjurkan majlis sebegini, kita telah buat kajian terlebih dahulu. Misha seorang penyanyi yang mempunyai kualiti dan peminat yang ramai.

"Kalau lihat rekod penjualan tiket Misha dalam konsertnya yang terdahulu, semuanya habis dalam masa singkat. Contohnya konsert di Istana Budaya baru-baru ini.

"Pemilihan Zarol Zarif pula, dia merupakan YouTuber yang mempunyai jutaan pengikut. Kita dapat lihat kesungguhan dia untuk menjadi penyanyi. Tambahan pula dia baru muncul dengan lagu baharu," katanya. 

Bagi Misha pula, dia tidak mengambil masa lama untuk menerima tawaran menjayakan persembahan amal ini kerana merasakan ia sesuatu yang positif apabila dapat membantu banyak pihak.

“Saya rasa hiburan adalah satu escapism yang baik untuk kita semua. Ia makanan jiwa pada saat kita mengharungi keadaan yang menyesakkan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. 

"Tujuan majlis amal ini dianjurkan pun bukan untuk bersuka ria semata-mata. Sebaliknya, ia bertujuan mahu membantu mereka yang memerlukan termasuklah penggiat industri seni iaitu artis, pemuzik, jurutera bunyi dan sebagainya," katanya. 

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket, boleh menghubungi Encik Burhan di talian 011-5117 2144  dan whatAapp 019-2500 388.

Jualan meja dan kerusi untuk majlis makan amal ini juga terbuka kepada semua individu dan peminat Misha Omar, Dafi serta Zarul Zarif - Getaran, 23 Disember 2021


 

Foto: Instagram Misha Omar

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Ogy Nak Menyanyi Lagu Miley Cyrus, ‘Comeback’ New Boyz Buat Peminat Histeria Di Konsert Jelajah Suria

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bapa Saya Tiada Kaitan Dengan Filem Bakara – Dafi 

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Pusingan Akhir Muzik Muzik Lebih Menakutkan - Misha Omar 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN