web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 2:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Kamu' - Ismail Izzani

Masih kekal dengan imej muzik yang sesuai dengan personaliti serta usianya, Ismail Izzani muncul dengan sebuah lagi lagu berentak pop R&B berjudul 'Kamu'. Dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat, 'Kamu' mempunyai warna muzik yang mirip dengan lagu-lagu antarabangsa nyanyian penyanyi kontemporari masa kini. Korus lagunya agak mudah dan rentak lagunya juga tidak terlalu laju atau perlahan. Boleh dibilang sebuah karya berentak mid-tempo, lagu ini pasti akan disukai oleh peminat setia Ismail Izzani.

'Diam-Diam Ku Mencintai Mu' - Jaclyn Chia   

Muncul seorang lagi bintang baru dari negeri di bawah bayu bernama Jaclyn Chia. Mempertaruhkan single berjudul 'Diam-Diam Ku Mencintai Mu', lagu ini merupakan ciptaan Arin Luthfi dengan lirik nukilan Arin Luthfi sendiri bersama Nazri Saidali. Biarpun berketurunan kacukan Cina dan Murut, Jaclyn mempunyai sebutan yang bagus dalam menyampaikan lagu berbahasa Malaysia. Lebih menarik lagu yang berentak reggae dengan sedikit sulaman dangdut ini nampaknya sesuai dengan anda vokal Jaclyn yang merdu. Dengan susunan muzik yang santai, karya ini memang sesuai didengar jika ingin menenangkan serta menghibur diri. 

 

'Kan Kan' - Zarol Zarif 

Tajuk lagunya mudah dan susunan lagu ini menarik perhatian saya kerana ia disuntik dengan sedikit unsur jazz selain irama pop serta R&B. Dibawa oleh seorang penyanyi yang sedang mencipta nama iaitu Zarol Zarif, karya ciptaan Cat Farish dan Suffren Ghafar dengan lirik oleh Cat Farish, Zarol Zarif serta Amri Aziz ini mengingatkan saya kepada beberapa lagu jazz dari Indonesia. Melodinya sangat menyenangkan dan tidak perlu ‘dipaksa’. Muziknya mengalir begitu sahaja dan sesuai dengan vokal Zarol yang cukup dan tidak berlebihan. Tidak keterlaluan jika saya katakan lagu ini membuat kita berasa seperti berada di sebuah kafe yang mendendangkan muzik santai untuk pengunjungnya. 

'Penghujung Dunia' - Aaliya

Saya berani mengatakan projek ini adalah satu percubaan merakamkan lagu saduran dengan penuh berjaya. Bertajuk 'Penghujung Dunia' dan dinyanyikan oleh bintang dari Singapura bernama Aaliya, ia sebenarnya versi Bahasa Melayu lagu cinta sedih 'The End of The World' nyanyian asal Skeeter Davis yang pernah dilancarkan pada 1962. Walau bagaimanapun versi yang disampaikan oleh Aaliya ini harus diberikan pujian kerana ia mempunyai karakter tersendiri. Selain lirik terjemahan yang baik, susunan muzik dalam lagu versi Aaliya ini juga tidak kurang hebatnya. Malah vokal Aaliya yang merdu dan mirip dengan gaya nyanyian Yuna serta Aishah Aziz membuat kualiti lagu ini lebih kontemporari. Saya yakin ia mampu menaikkan nama Aaliya jika diberikan putaran radio yang lebih tinggi di negara-negara serantau. Syabas Aaliya.

 

'Sudahlah' - Qeez Idrus

Pernah muncul dengan lagu berjudul 'Sedih', penyanyi asal Brunei Darussalam Qeez Idrus juga mempunyai sebuah lagi lagu yang tidak kurang hebatnya berjudul 'Sudahlah'. Dicipta oleh Juan Madial dengan lirik sentuhan Juan Madial, Ikhlas dan Qeez Idrus sendiri. 'Sudahlah' adalah sebuah karya yang agak urban dan moden. Sarat dengan elemen R&B beserta nuansa club, ia telah diadun dengan baik dan merupakan sebuah lagi karya berkualiti dari Brunei. Sungguhpun Qeez memang mempunyai warna suara yang baik, namun dalam karya ini dia tidak perlu berlebih-lebihan dan membiarkan muziknya bercerita. Bukti bahawa sebuah karya muzik tidak perlu memaksa penyanyinya bersusah-payah dalam menyampaikan lagu, karya ini pasti sedap didengar oleh pencinta muzik moden. - Getaran, 1 Disember 2021

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ismail Izzani Kemalangan Motosikal

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN