Berita Terkini

21 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pusingan Akhir Muzik Muzik Lebih Menakutkan - Misha Omar 

Teruja 'Tanpa Rela' mara ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36, Misha mahu berikan persembahan terbaik meski berdepan saingan sengit.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 6:38PM

Gambar: Instagram @mishaomar

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Misha Omar mengakui teruja apabila lagu nyanyian dan ciptaannya, 'Tanpa Rela' berjaya mara ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36. 

Namun, pada masa sama Misha menyifatkan ia satu satu cabaran besar buat dirinya, apatah lagi perlu bersaing dengan lagu-lagu nyanyian atau ciptaan komposer yang mempunyai kekuatan masing-masing. 

“Sebetulnya, pentas separuh akhir Muzik Muzik lebih menakutkan berbanding Anugerah Juara Lagu. Saya rasa ramai penyanyi lain juga mengakui akan hal ini. 

“Daripada boleh menyanyi, tiba-tiba tidak boleh menyanyi. Tak tahu kenapa tetapi itulah pentas separuh akhir Muzik-Muzik. 

“Debarannya lebih dirasai dan persaingannya juga kian sengit kerana setiap peserta perlu melakukan yang terbaik bagi melayakkan diri mereka untuk berada di pentas AJL. 

“Saya tidak pasti bagaimana keadaannya pada pusingan akhir Muzik-Muzik nanti. Apa yang boleh dikatakan, saya perlu betul-betul fokus dan akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan persembahan yang terbaik,” katanya. 

Jelas Misha lagi, perjuangannya dalam separuh akhir Muzik Muzik 36 kali ini juga berbeza kerana dia tampil dengan karya lagu ciptaannya bersama Sze Wan, manakala  lirik ditulis Misha bersama Slen Fadzil dan Zul Husni.

“Bertanding dengan lagu ciptaan sendiri sangat berbeza. Barulah saya tahu bagaimana perasaan penyanyi yang mencipta lagu (singer-songwriter) apabila karya mereka menyertai pertandingan seumpama ini. 

“Banyak perkara yang perlu saya gali dan saya akan cuba untuk tidka hampakan mereka yang telah menyokong dan mengundi lagu 'Tanpa Rela'. 

“Terima kasih kepada pihak TV3 yang telah menyediakan platform ini dan memberi peluang kepada saya, Sze Wan, Slen Fdazil dan Zul Husni untuk memperdengarkan karya kami,” katanya.  

Mengenai persaingan sengit yang rata-ratanya diterima daripada kalangan penyanyi generasi muda, Misha berpendapat persaingan itu sebenarnya memberikan lebih warna lagi dalam pertandingan itu. 

“Ya, saya menyedari bahawa kali ini saya keseorangan apabila tiada penyanyi seangkatan akan bertanding. Persaingan kali ini adalah di antara saya dan mereka. 

“Bagaimanapun, saya dan mereka akan mampu memberikan inspirasi antara satu sama lain. Malah, saya juga akan cuba menyerap semangat orang muda dalam persembahan saya manakala semangat dan pengalaman saya pula boleh mereka gunakan,” katanya. 

Misha turut berterima kasih kepada peminatnya yang telah mengundi dan menyokong lagu 'Tanpa Rela'. 

“Saya terharu kerana peminat sentiasa menyokong dan melayan saya sebagai kawan. Bagi peminat yang layan saya seperti kawan, saya juga akan memberikan layanan yang serupa kepada mereka,” katanya. 

'Tanpa Rela' nyanyian Misha, ciptaan lagu Misha dan Sze Wan serta lirik nukilannya sendiri bersama Slen Fadzil dan Zul Husni adalah antara 10 lagu kedua yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36. 

Lagu lain yang terpilih adalah 'Sepi' nyanyian Aina Abdul (komposer: Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), 'Tetap Aku Cinta' - Ara Johari (komposer: Amy Bong, Nahruf dan MFMF, lirik: Amy Bong dan Ara Johari), 'Cinta' - Marsha Milan (komposer: Bunga Cantik dan Hang Nadim, lirik: Hang Nadim), 'Cinta Khayalan' - Wany Hasrita (komposer: Berlin, lirik: Tokyo Angkasa). 

Turut terpilih adalah  adalah 'Durha' - Khai Bahar (komposer dan lirik: Iqie Hugh, Omar K dan Khai Bahar), 'Pelukan Angkasa' - SOG X Shila Amzah (komposer: Raja Nazrin Shah, lirik: Fazleena Hishamuddin), 'Karma' - Kaka Azraff dan Jaz Hayat (komposer: Farouk Roman, lirik Aishah Teno),  'Aewo' - Shiha Zikir Menampilkan Noki (komposer: Ezra Kong, lirik: Ezra Kong dan Noki) serta 'Goodbye Hello' - Syamel dan Ernie Zakri (komposer dan lirik: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir dan Mike Chan). - Getaran, 29 November 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 minggu yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Perak FC Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

4

Muzik 7 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 9 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 2 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki