web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Takdir' Aliff Iskandar Jadi OST ‘Saat Ku Takluk Cinta Ini’ 

Aliff mengambil masa selama 10 jam untuk menyiapkan rakaman lagu 'Takdir' yang mengisahkan hubungan cinta tidak kesampaian.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 12:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berada di dalam studio rakaman selama 10 jam merupakan antara pengalaman baharu yang dilalui penyanyi Aliff Iskandar ketika merakamkan lagu ‘Takdir’ pada pertengahan tahun ini. 

Ketika itu keadaan kesihatannya kurang baik disebabkan baru sahaja pulih daripada jangkitan COVID-19 dan menyebabkan dia perlu mengambil masa sedikit lama berbanding kebiasaan.

“Memang waktu itu keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya tetapi saya perlu merakamkan lagu ini. Sebenarnya keadaan kesihatan saya baik-baik sahaja tetapi pernafasan sedikit terganggu membuatkan proses rakaman menjadi lama.

 “Mujur keadaan tersebut tidak memberikan kesan kepada hasil rakaman dan saya gembira dapat melunaskan tanggungjawab merakamkan lagu ‘Takdir’. 

“Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang,” katanya yang masih menuntut dalam jurusan muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Tambah penyanyi yang berusia 21 tahun ini lagi, dia beruntung apabila banyak dibantu Rudy Nastia sepanjang proses rakaman berlangsung. 

Rudy yang turut bertindak sebagai penerbit lagu ini banyak membantunya memudahkan proses rakaman disebabkan keadaan kesihatannya ketika itu. Lagu ‘Takdir’ merupakan lagu hasil ciptaannya sendiri manakala lirik pula merupakan tulisannya bersama Jaja Ishak.

‘Takdir’ berkisar tentang hubungan cinta yang tidak kesampaian. 

“Pada peringkat awal lagu ini ditulis ini, saya membayangkan sebuah perhubungan. Adakah hubungan itu berakhir dengan kegembiraan atau pun sebaliknya. 

“Semua orang mampu merencanakan hubungan apa yang mereka mahukan tetapi pada akhirnya takdir juga yang akan menentukan ke mana hubungan tersebut berjalan,” jelas Aliff atau nama sebenarnya Nor Aliff Iskandar Norazmi.

Menariknya, lagu ini juga akan dijadikan runut bunyi untuk drama ‘Saat Ku Takluk Cinta Ini’ yang bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 20 Disember ini. 

Dia bersama Jaja Ishak membuat beberapa pindaan bagi menyesuaikan dengan jalan cerita drama tersebut namun tidak jauh tersasar daripada kisah asal seperti yang dibayangkan. 

“Memang saya bersyukur apabila lagu ini dipilih untuk menjadi runut bunyi bagi drama berkenaan. Sebagai orang baharu, saya gembira apabila pihak produksi percayakan bakat dan hasil kerja. 

“Ini memang pengalaman yang manis untuk penyanyi seperti saya”, kata Aliff yang popular dengan lagu ‘Perit’ sebelum ini. 

Pembikinan video muzik ‘Takdir’ turut dibintangi pelakon Intan Najuwa dan Haridz Suhaile yang juga merupakan bakat baharu yang sedang meningkat naik.

Sebagai info, Aliff merupakan top 5 kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 baru-baru ini.

Dia juga turut dicalonkan dalam Top 20 kategori BBNU Meletop sempena Anugerah Meletop Era 2021 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

‘Takdir’ merupakan terbitan Jaja Ishak Channel dengan kerjasama Indigital Music dan Alternate Records. Lagu ini sudah boleh didengari di semua platform digital dan video muzik ‘Takdir’ boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music. - Getaran, 15 Disember 2021

Gambar: Indigital Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN