web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kiasan Asyraf Nasir Menjadi Dalam Lagu '2PAI'

Pepatah Melayu lama ada mengatakan sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan inilah yang digunakan Asyraf dalam lagu ciptaannya,'2Pai'.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 8:54PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kemunculannya lewat pertandingan pencarian bakat hip hop anjuran stesen radio Era, Asyraf Nasir telah berjaya mencuri perhatian penggemar muzik tempatan dengan beberapa lagu dan projek kolaborasi.

Kini, Asyraf kembali dengan sebuah lagi karya berjudul '2PAI' yang dijangka akan mengukuhkan lagi nama serta kedudukannya dalam industri.

Dicipta dan ditulis Asyraf sendiri, lagu yang diterbitkan Wolfy ini diinspirasikan daripada peribahasa ‘setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Ia berkisar mengenai sikap manusia yang boleh menjadi angkuh apabila mereka memperolehi segalanya. Malah, ada juga individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai ke puncak tanpa mempedulikan isu moral dan kebaikan. 

“Jadi, lagu ini mengingatkan kita bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik.  Ia satu peringatan bahawa manusia mudah leka dan harus sedar setinggi mana pun pencapaian, janganlah  lupa titik permulaan   kita.   

“Sesungguhnya tiada siapa yang dapat memperolehi kejayaan sepenuhnya tanpa bantuan orang lain. Itulah pesanan yang cuba saya sampaikan menerusi lagu ini,” katanya. 

Menurut Asyraf lagi, lagu ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan secara keseluruhan kerana dirinya ingin memberi gambaran sebenar dari pemerhatian sendiri.

“Biarpun penulisan lagu mengambil masa lebih kurang dua hari, persiapan jalan ceritanya makan  masa. 

“Dari segi komposisi lagu, saya bekerjasama dengan Wolfy secara virtual.  Lagu ini disiapkan pada 2020 ketika zaman PKP, jadi kami terpaksa membuat panggilan video untuk bincangkan susunan lagu,” tambahnya lagi.

Malah, kesemua rakaman vokal dilakukannya sendiri di rumah disebabkan PKP. 

“Saya sebenarnya memang berniat nak rakam dalam studio tetapi setelah membuat rakaman buat kali ketiga dan keempat di rumah sendiri, saya rasa hasilnya tak sama seperti kali pertama saya rakam di rumah. 

“Jadi semua vokal yang anda dengar ini adalah rakaman suara yang pertama saya lakukan di rumah,” jelasnya.

Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik istimewa arahan Thaqif Saadon yang juga pengarah video muzik lagu ‘Tak Sangka’. 

Ia menampilkan senario dua individu yang bekerjasama namun menemui konflik sepanjang bekerja. Asyraf turut mengundang rakan seperjuangannya YonnyBoii untuk memainkan salah satu watak dalam video muzik tersebut. 

Biarpun video muzik dirakam dalam masa satu hari, persiapannya dilakukan selama sebulan. 

“Karakter yang saya tampilkan dalam vieo muzik ini sangat berbeza daripada biasa kerana konsepnya seperti filem aksi,” jelas Asyraf lagi. 

Gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN