web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mia Lateefa Muncul Dengan 'Anima', 'Anima Bella' 

Pendatang baharu, Mia Lateefa tampil dengan dua single irama pop dansa yang dilancarkan serentak.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 8:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendatang baharu berdarah kacukan Melayu-New Zealand, Mia Lateefa, 19, kembali merancakkan industri muzik tanah air dengan single pop dansa berjudul 'Anima' yang dicipta oleh penyanyi rap wanita, Kayda Aziz bersama rakan-rakan komposer seperti Aiman Rijal, Christiana Chai dan Alwani Badaruddin serta diterbitkan oleh Deep Faith Entertainment.

Bukan satu, bahkan dua single yang dilancarkan serentak. Selain 'Anima' yang dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia, Mia turut mempersembahkan 'Anima Bella' dalam Bahasa Inggeris bagi memenuhi selera pendengar di luar sana.

Terdahulu, Mia baharu sahaja melancarkan single berjudul 'Nothing 2 Prove' yang menampilkan aksi tarian ‘bersahaja’ bersama pelakon muda, Nadhir Nasar.

Bakat yang dimiliki Mia seawal usia 15 tahun bermula hanya dengan penghasilan lagu-lagu saduran bersama rakan-rakan secara suka-suka, kemudiannya bertukar menjadi serius apabila dia mula menghadiri kelas vokal secara profesional di Akademi Suara sehinggalah terlahirnya single pertama berjudul ‘Hujung Dunia’.

Kemudian menyusul pula single 'Nothing 2 Prove' pada November tahun ini.

“Seni sudah sebati dengan diri. Saya sangat suka menari dan menyanyi, apabila digabungkan kedua-duanya ada magis yang terhasil.

“Dalam single 'Anima' dan 'Anima Bella', saya cuba tonjolkan sisi yang lebih dewasa serta berani malah lari daripada imej keanak-anakan. Saya gemar bereksperimentasi dengan muzik demi menghasilkan bunyi ‘signature’ Mia Lateefa,” katanya.

'Anima' bukan bermaksud ‘animasi’ seperti disangkakan tetapi bermaksud ‘jiwa’ dalam Bahasa Itali yang diangkat menjadi judul single terbaharu Mia.

“Dalam lagu 'Anima' serta 'Anima Bella' ada sebahagian liriknya yang berbunyi ‘Sei la Mia anima gemella’ yang bermaksud ‘Mia, kamu adalah jiwa ku’ yang sering dituturkan oleh seorang buaya darat yang cuba membuat mana-mana gadis setia bersamanya.

“Lagu ini tiada kena-mengena dengan kisah peribadi saya tetapi bagi sesiapa yang pernah mengalaminya, cuba selami liriknya dan saya pasti pendengar mengerti apa yang disampaikan,” katanya.

Video muzik (MV) yang dilancarkan serentak dengan single 'Anima' dan 'Anima Bella' memaparkan jalan cerita yang menarik dengan tarian moden yang dikoreografikan oleh pereka tari muda berbakat besar.

“Istimewanya MV Anima, terdapat bahagian satu dan dua, tetapi bagi MV 'Anima Bella' pula hanya ada satu bahagian sahaja. Ia mengisahkan seorang gadis yang telah dikhianati dan ditipu lelaki yang dicintainya.

"Daripada terus menyalahkan gadis-gadis yang turut mengalami nasib serupa, lebih baik tonjolkan ‘fantasi’ apa yang mereka mahukan sebenarnya," katanya.

Selain berbakat sebagai penyanyi, Mia juga mahir menari dan pernah menghasilkan MV di laman YouTube yang mempamerkan kebolehan menguasai tarian kontemporari.

“Jika nak dibandingkan dengan single 'Hujung Dunia' yang berentak balada pop, 'Anima' dan 'Anima Bella' lebih rancak dan punya dinamik tersendiri. Malah, sesiapa yang mendengarnya pasti berasa seronok untuk turut menari.

“Secara peribadi, saya lebih gemar menghasilkan muzik R&B perlahan dan kerana minat yang mendalam dalam bidang tarian, saya hasilkan irama yang membolehkan saya berdansa,” kongsinya. - Getaran, 8 Desember 2021

Gambar: Joe PR International 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN