web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bunga Cari Pengganti Noraniza Idris Untuk Lagu 'Intan Payung'

Siapa pun yang bakal menjadi pasangannya bagi menggantikan tempat Noraniza Idris membawakan lagu 'Intan Payungi, Bunga berharap semua akan terhibur dengan persembahan mereka nanti. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 3:52PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rapper dan penyanyi Bunga mengakui dirinya teruja apabila lagu nyanyiannya bersama Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris iaitu 'Intan Payung' terpilih mara ke saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36. 

“Saya teruja tetapi pada waktu sama berasa sangat gementar. Ini kali pertama lagu saya berjaya masuk ke semi final Muzik Muzik. Sebetulnya, saya pun tak sangka lagu ini akan mara ke separuh akhir. 

“Terima kasih kepada pencipta lagu ini dan juga Kak Ani (Noraniza Idris). Sebab insan-insan hebat ini banyak beri tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara membawa lagu ini,” katanya dalam sidang media pengumuman 10 lagu ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 36. 

Lagu 'Intan Payung' nyanyian bersama Bunga dan Noraniza Idris adalah ciptaannya sendiri bersama Luca Sickta dan Amzar Razqa, manakala lirik nukilannya bersama Siqma. 

Di sebalik rasa teruja bercampur gementar itu, Bunga memberitahu dia terpaksa memikirkan calon penyanyi yang sesuai bagi menggantikan tempat Noraniza Idris. 

“Waktu menjayakan sidang media untuk lagu terbaharu bersama Siti Nordiana baru-baru ini, saya telah diberitahu syarikat pengurusan iaitu Warner Music Malaysia bahawa Kak Ani tidak akan beraksi dengan saya dalam saingan separuh akhir tersebut. 

“Kak Ani tidak dapat bertanding sebab beliau akan mengerjakan umrah bersama keluarganya pada tempoh waktu tersebut. Bunga mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang untuk Kak Ani. 

“Tetapi, Bunga sedang memikirkan siapa yang boleh menggantikan tempat kak Ani sekarang. Siapa pun penggantinya, Bunga harap semua orang akan terhibur dengan persembahan kami nanti,” katanya. 

Jelas Bunga lagi, Noraniza ada menyenaraikan beberapa pilihan calon pengganti yang sesuai iaitu Shiha Zikir dan Zizi Kirana. 

“Bagaimanapun, Shiha tidak dapat membawakan lagu ini bersama saya kerana dia juga bakal bertanding dengan lagu nyanyiannya. 

“Mungkin juga Zizi Kirana tetapi entahlah... buat masa ini agak sukar bagi saya untuk buat apa-apa pengesahan sebab kami (bunga dan syarikat pengurusan) belum capai apa-apa kata putus. Apapun, sebagai persediaan, saya akan mengikuti kelas vokal," katanya. 

Sementara itu, sebagai salah seorang pencipta lagu 'Intan Payung', Luca Sickta berkata, dia dan Kmy Kmo pernah melalui pengalaman yang sama apabila Datuk Siti Nurhaliza tidak dapat beraksi bersama menerusi lagu '7 Nasihat pada' saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 tahun lepas. - Getaran, 6 Disember 2021

Gambar: Instagram @bungaisme

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Bunga Terbaik Untuk Dijadikan Pewangi

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Kugiran Masdo, The Changcuters Berkongsi Pentas Di Konsert Disember Ini!

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Audio Perbualan Noraniza Idris Dengan Izzu Eva Tersebar, Ramai Hilang Respek Dengan Penyanyi Ratu Etnik Pop Itu 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Bila Tular Isu Bersama Scammer, Saya Terpaksa Hentikan Promosi Konsert – Noraniza Idris Terkilan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN