web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Audio Perbualan Noraniza Idris Dengan Izzu Eva Tersebar, Ramai Hilang Respek Dengan Penyanyi Ratu Etnik Pop Itu 

Audio itu berlaku di dalam group WhatsApp Rumahku Syurgaku yang di dalamnya terdiri daripada 200 orang artis yang khabarnya telah memohon skim rumah RM10 dan RM10K. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 10:00AM

Izzu dari kumpulan Eva (kiri) dan Mona Din - Gambar Facebook Mona Dinn

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya isu yang melibatkan penyanyi Ratu Etnik Pop, Noraniza Idris dengan skim Rumahku Syurgaku yang dianjurkan sebuah syarikat perumahan yang berkemungkinan adalah suatu modus operandi berbentuk scam, masih belum selesai. 

Terbaharu, tersebar pula sebuah audio yang mengandungi bahan perbualan di antara Noraniza dengan Izzu daripada kumpulan Eva. 

Audio itu berlaku di dalam group WhatsApp Rumahku Syurgaku yang di dalamnya terdiri daripada 200 orang artis yang khabarnya telah memohon skim rumah RM10 dan RM10K. 

Noraniza Idris - Gambar fail
Noraniza Idris - Gambar fail

Untuk rumah yang bernilai RM500,000, artis-artis ini dikatakan hanya perlu membayar wang sebanyak RM10 sahaja, manakala rumah bernilai RM1 juta pula, bayaran dikenakan sebanyak RM10,000. 

Audio perbualan Noraniza dengan Izzu itu telah dipaparkan di laman Facebook milik aktivis masyarakat Mona Din. 

Di dalam perbualan tersebut, Noraniza telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Izzu dan mendakwa dia cuba menjadi seorang spy serta penyiasat apabila cuba mendedahkan perbuatan pihak pemaju perumahan itu kepada rakan artis yang lain serta pihak tertentu. 

Bahkan, Noraniza turut meminta Izzu supaya tidak campur tangan dengan perkara-perkara yang melibatkan pihak pemaju perumahan tersebut, hanya bantu diri sendiri dan jangan pedulikan orang lain serta menyerahkan tugas tersebut kepada pihak polis. 

Rentetan itu, ramai netizen yang terkejut mendengar isi kandungan audio perbualan tersebut serta  cara Noraniza meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Izzu. Selain menggelarkan Noraniza sebagai seorang yang sombong, mereka juga berpendapat Noraniza hanya pentingkan diri sendiri. 

Sedangkan apa yang cuba dilakukan Izzu adalah supaya orang lain khususnya rakan artis tidak menjadi mangsa penipuan pihak syarikat pemaju perumahan tersebut. 

Namun, dalam tiga audio terakhir yang dibalas Izzu, dia nampaknya cukup berani mempertahankan tindakannya untuk menyelamatkan rakan-rakan artis yang mungkin mudah terpedaya dengan scam skim tersebut. 

Mona Din pula menulis: “Audio 3 yg terakhir itu, saya percaya mungkin itu suara Izzu, membalas balik apa yang Noraniza kata, sangat padu ! 

“Jawapan yang penuh dengan keberanian, ikhlas, berani kerana benar! Jangan pernah gentar untuk bangun menentang kejahatan. Itu tanggungjawab kita sebagai umat Islam dan juga seorang warganegara yang bertanggungjawab. 

“Siapa kenal Izzu, mohon sampaikan pesan saya, minta Izzu tolong Whatsapp saya. Saya akan bantu Izzu. Saya akan pertahankan Izzu.  Jangan bimbang ! 

“Dan saya juga nak tengok betul ke ada sidang media yang Noraniza dan Anne (Abdullah) akan buat pada 6/10/2022 (hari ini). 

“Noraniza cakap bukan main berdegar-degar, nak buat sidang media. Marilah, jemputlah saya sama untuk bercakap mewakili pihak-pihak ‘attention seeker’ yang lain,” katanya. 

Namun, selepas memuat naik posting ini, Mona Din sudah pun bertemu dengan Izzu. – Getaran, 6 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Poster Mat Sabu Promosi Pelaburan Patuh Syariah Palsu, ‘Menteri Tak Pernah Izinkan’

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Bila Tular Isu Bersama Scammer, Saya Terpaksa Hentikan Promosi Konsert – Noraniza Idris Terkilan

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ini 3 Sebab Kenapa Noraniza Idris Terpaksa Tangguhkan Konsert ‘Malai Solo’

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

3 Kesalahan Besar Pengguna Kad Kredit Bagi Golongan Milenial

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN