web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ini 3 Sebab Kenapa Noraniza Idris Terpaksa Tangguhkan Konsert ‘Malai Solo’

Konsert yang sepatutnya diadakan pada Oktober terpaksa ditangguhkan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 9:11PM

Penyanyi yang mesra disapa sebagai Kak Ani itu menjelaskan konsert yang sepatutnya berlangsung pada Oktober terpaksa ditunda atas tiga sebab utama - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert pertama dan terakhir Noraniza Idris terpaksa ditunda atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Menerusi satu siaran akhbar yang diagihkan kepada pihak media, penyanyi yang mesra disapa sebagai Kak Ani itu menjelaskan konsert yang sepatutnya berlangsung tiga hari iaitu 21-23 Oktober terpaksa ditunda atas tiga sebab utama iaitu kerana pilihan raya umum, ketiadaan pengarah muzik dan faktor kesihatan.

“Kemungkinan besar PRU akan diadakan pada Oktober dan November. Ia menyukarkan penyusunan aturcara konsert dari aspek jemputan tetamu VIP termasuk menteri serta wakil dari pihak kementerian yang menjadi salah satu tunggak utama kepada penganjuran acara ini.

“Selain itu, pengarah muzik iaitu Datuk Ramli Mohd Saleh (Ramli MS), yang terlibat dalam Penjurian Program Televisyen Gegar Vaganza musim yang ke-9. Pihak Astro tidak membenarkan Ramli MS untuk terlibat dengan produksi luar ketika masih berada dalam kontrak bersama pihak Astro.

“Noraniza Idris juga gagal mengurangkan beberapa komitmen aktiviti seninya hingga menjejaskan kesihatan sekali gus mengganggu jadual latihan yang telah ditetapkan lebih awal,” katanya. 

Namun begitu, belum ada tarikh baru dikongsikan pihaknya setakat ini.

Terdahulu, Konsert Noraniza Idris dijadualkan berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya selama tiga malam. Ia juga merupakan konsert terakhir Noraniza dengan menggunakan khidmat 300 individu termasuklah pemuzik, pasukan budaya dan kumpulan tenaga kreatif yang lain.

Tiket konsert dijual bermula pada harga RM299 sehingga RM1,599. – Getaran, 26 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN