web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nordiana, Masdo Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Selain daripada lagu-lagu kolaborasi dalam kalangan penyanyi generasi muda yang seusia, 10 lagu ketiga yang layak mara ke separuh akhir Muzik Muzik 36 juga dipenuhi lagu-lagu solo dari genre muzik yang bervariasi.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 3:04PM

Gambar: Instagram @sitinordiana dan @kugiranmasdo

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengumuman 10 lagu ketiga yang layak mara ke pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 36 sebentar tadi menyaksikan penguasaan lagu-lagu kolaborasi dalam kalangan penyanyi generasi muda yang seusia dengan gabungan penyanyi muda dan senior. 

Antaranya adalah lagu ‘Nafas Cinta’ yang merupakan lagu duet Khai Bahar dengan Aina Abdul dan ‘Bagaimana’ yang dipersembahkan bersama oleh Muna Shahirah dan Zack Zakwan. 

Lebih menarik apabila lagu ‘Lara’ paduan hebat tiga vokal lelaki tanah air iaitu Hael Hussaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli turut dicalonkan. 

Bagi kolaborasi penyanyi muda dan senior, lagu ‘Intan Payung’ nyanyian Bunga bersama Noraniza Idris yang cukup mendapat sambutan turut berada di dalam senarai pilihan. 

Lagu ‘Neraca’ pula bakal memperlihatkan gabungan menarik Kmy Kmo dan Luca Sickta dengan Datuk Jamal Abdillah.  Sebelum ini, mereka pernah bergabung dengan Datuk Siti Nurhaliza. 

Lagu-lagu solo yang tersenarai pula sangat bervariasi genre muziknya. Daripada balada, pop dangdut sehinggalah ke pop rock, inilah antara lagu-lagu yang menjadi pilihan generasi muda pendengar hari ini. 

Kesemua 10 lagu ketiga yang terpilih adalah ‘Nafas Cinta’ nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul (komposer: Khai Bahar dan Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), ‘Neraca’ – Kmy Kmo, Luca Sicta dan Datuk Jamal Abdillah (komposer dan lirik: Kmy Kmo dan Luca Sickta), ‘Boneka’ – Ernie Zakri, ‘Bagaimana’ – Muna Shahirah dan Zack Zakwan (komposer dan lirik: Gouffran dan Sang Hitam) dan ‘Lautan Asmara’ – Kugiran Masdo (komposer dan lirik: Ali Sariah). 

Lagu lain yang turut tersenarai adalah ‘Adlina Marie’ (komposer dan lirik: Haqiem Rusli, Ibnu dan Ezra Kong), ‘Teman’ – Iman Troye ( komposer dan lirik: Ezra Kong dan A. Ramlee), ‘Intan Payung’ – Noraniza Idris dan Bunga (komposer: Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, lirik: Bunga dan Siqma), ‘Angkara’ (komposer: Sharon Paul, lirik: Fedtri Yahya dan Nana Alias) serta ‘Lara’ – Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli (komposer: Hael Husaini dan MFMF, lirik: Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli). 

Pengumuman tersebut dibuat hos program 'Muzik-Muzik', Sissy Iman bersama Muaz Mohamed yang menggantikan tempat Alif Satar pada minggu ini. 

Dengan pengumuman ini, bererti lengkaplah senarai keseluruhan 30 lagu yang akan bertanding dalam pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36.

Pertandingan separuh akhir ini bakal berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Lagu mana agaknya yang berjaya melangkah ke final Juara Lagu? - Getaran, 5 Disember 2021

Gambar: Media Prima/TV3

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Perak FC Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir Masters Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN