web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komposer Ulung, Stephen Sondheim Menutup Usia

Karya-karyanya unggul merentas waktu dan merevolusikan teater muzikal Amerika Syarikat. Perginya ditangisi penggiat dan peminat seni seluruh dunia.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 12:02PM

Gambar: Yuki Iwamura, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komposer Broadway ulung, Stephen Sondheim telah meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Penulis lagu dan lirik yang sering dikaitkan dengan pembaharuan teater muzikal Amerika ini meninggal secara mengejut di kediamannya di Roxbury, Connecticut sehari selepas sambutan Thanksgiving bersama rakan-rakannya.

Mendiang cukup dikenali dengan karya-karyanya seperti West Side Story, Into the Woods dan Sweeney Todd.

Sondheim dilahirkan pada 22 Mac 1930 di New York City dan terlibat dalam teater muzikal sejak usia yang muda walaupun kedua-dua orang tuanya bekerja dalam industri fesyen.

Sondheim mula bermain piano pada usia 7 tahun dan berkawan dengan Oscar Hammerstein II dari duo ternama Rodgers and Hammerstein yang telah menghasilkan Oklahoma! dan The Sound of Music.

Nama mendiang mula menjulang di Broadway dengan West Side Story yang dipersembahkan pada tahun 1957, dan diikuti dengan Gypsy dua tahun kemudian.

Sepanjang kerjaya lima dekadnya, Sondheim telah memenangi lapan anugerah Grammy, lapan anugerah Tony, termasuk anugerah pencapaian sepanjang hayat atau Lifetime Achievement in the Theatre, satu anugerah Academy dan satu Pulitzer.

Pada tahun 2015, presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barrack Obama, telah menganugerahkan Sondheim dengan Presidential Medal of Freedom, pingat tertinggi negara itu untuk orang awam, untuk karya-karyanya.

Dua karyanya, Company dan Assassins akan dipersembahkan semula di Broadway tahun ini. - AFP

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN