web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BTS Artis Asia Pertama Terima Anugerah Utama AMA

Bawa pulang tiga trofi termasuk satu kategori utama dan dua persembahan di majlis berprestij Anugerah Muzik Amerika (AMA) lakar satu lagi sejarah hebat buat kumpulan K-pop terkenal ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 4:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan terkenal Korea Selatan, BTS sekali lagi melakar sejarah K-pop dengan muncul sebagai artis Asia pertama merangkul gelaran Artis Sepanjang Tahun, antara anugerah utama, di Anugerah Muzik Amerika (AMA).

Kumpulan dianggotai tujuh jejaka itu memenangi anugerah berkenaan di AMA 2021 yang disiarkan secara langsung dari Microsoft Theater, Los Angeles,semalam (Ahad), 8 malam (waktu Amerika Syarikat), menewaskan lima nama besar lain iaitu Ariana Grande, Drake, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd.

Ia kali pertama artis Asia meraih anugerah utama di AMA, lapor Agensi Berita Yonhap.

BTS juga memenangi kategori Duo atau Kumpulan Pop Kegemaran dan Lagu Pop Kegemaran menerusi megahitnya 'Butter'.

Kumpulan itu dicalonkan dalam kategori berkenaan untuk tahun kelima berturut-turut di AMA sejak 2018 dan memenanginya selama empat tahun berturut-turut. Bagaimanapun, mereka belum pernah dicalonkan dalam kategori artis sepanjang tahun.

Tahun lalu, BTS melakar sejarah apabila buat julung kali dicalonkan untuk anugerah Grammy sekali gus menjadi artis K-pop pertama tercalon bagi kategori Duo Pop Terbaik atau anugerah persembahan kumpulan menerusi single 'Dynamite'.

Meskipun gagal memenanginya, pencalonan itu dianggap penghormatan paling berprestij dalam industri muzik. - Bernama

Gambar: Instagram @amas

Berita Berkaitan

1

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN