web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Naim Daniel, Yonnyboii Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Walaupun kebanyakan 10 lagu pertama yang layak mara ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36 dimonopoli bakat muda, namun Datuk Awie, Naqiu dan Hael Hussaini masih tersenarai dalam pemilihan ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 2:52PM

Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengumuman 10 lagu pertama yang layak mara ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36 membuktikan bahawa industri muzik tanah air tidak ketandusan komposer dan penulis lirik generasi muda dan baharu. 

Malah, sesuai dengan peredaran masa, lagu-lagu ini juga turut dimonopoli penyanyi-penyanyi era masa kini.  

Namun, agak menarik apabila karya daripada Hael Hussaini dan Naqiu masih tersenarai dalam pemilihan 10 lagu pertama yang layak mara ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36. 

Begitu juga dengan penyertaan Datuk Awie menerusi lagu solonya, ‘Coretan Pilu’ yang menyaksikan dia berkolaborasi dengan komposer dan penulis lirik yang lebih muda. 

Tidak terkecuali Naqiu yang tampil secara duet bersama penyanyi muda, Vanessa menerusi lagu ciptaannya, ‘Rindu Separuh Nyawa’. 

Kesemua 10 lagu pertama yang terpilih itu adalah ‘Bujang’ nyanyian Hael Hussaini (lagu dan lirik ciptaan Hael Hussaini bersama MFMF), ‘Cinta Jangan Pergi’ oleh Azzam Sham (komposer: Asfan Syah, lirik: Asfan Shah/Fedtri Yahya), ‘Chikadun’ - Floor 88 (komposer: Zain Hamzah, lirik: Achoi Floor 88), ‘Coretan Pilu’ - Dato Awie (komposer Ikhwan Fatanna/Wan Salleh, lirik: Ikhwan Fatanna/Fedtri Yahya) dan ‘Lenyap’ - Usop (komposer dan lirik: A’A Romal, Karim Karam, Mike) 

Lima lagu lain yang terpilih adalah ‘Mimpi’ - Haqiem Rusli (komposer dan lirik: Haqiem Rusli/Datuk A Aida), ‘Penat’ - Andi Bernadee (komposer: Nuriman, Andi Bernadee, Efry Arwis/lirik: Nuran), ‘Purnama’ - Naim Daniel (komposer: Amzar Radza dan Naim Daniel, lirik: Amzar Razqa), Rindu ‘Separuh Nyawa’ - Naqiu dan Vanessa (komposer: Naqiu, Wit, Mohsen, lirik: Siti Rosmizah) dan ‘Salahku’ - Yonnyboii, yang juga pencipta lagu dan lirik lagu ini. 

Pengumuman tersebut dibuat hos program Muzik-Muzik, Alif Satar dan Sissy Iman pagi tadi dengan kehadiran Baby Shima dan Naim Daniel sebagai tetamu jemputan. 

Keseluruhannya, terdapat 30 buah lagu yang akan bertanding dalam pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36. Pengumuman 20 lagu lagi akan dibuat pada iaitu 28 November dan 5 Disember nanti. 

Manakala pertandingan akhir separuh akhir Muzik Muzik 36 bakal berlangsung pada  31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. - Getaran, 21 November 2021

Gambar: Media Prima

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Perak FC Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN