web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Sape Kata' Cetusan Kisah Cinta Sonaone

Biarpun 'Sape Kata' diilhamkan daripada pengalaman sendiri, ia juga terinspirasi daripada kisah cinta rakan-rakannya sewaktu tercetusnya COVID-19.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 6:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda melalui pengalaman cinta penuh dramatik yang mengundang konflik dan keraguan terhadap emosi? 

Inilah yang cuba diungkapkan penyanyi hip hop Sonaone, 32, dalam lagu terbaharunya, 'Sape Kata' yang dilancarkan di semua platform digital pada 12 November lalu. 

'Sape Kata' yang bergenre R&B dan hip hop dicipta Sonaone bersama Wolfy manakala liriknya ditulis bersama Axel Jonas.

Dan, biarpun Sonaone mengakui karya ini berdasarkan pengalaman sendiri, ia juga terinspirasi daripada kisah cinta rakan-rakannya.  

“Ramai teman saya putus cinta meski sudah lama menjalin hubungan kerana kurangnya komunikasi dan akhirnya berlaku salah faham hingga menimbulkan kekacauan jiwa.

“Memang sengaja perkataan siapa dieja seperti bahasa pasar iaitui 'sape' dan lagu ini juga menggunakan campuran bahasa Malaysia dan Inggeris," katanya yang kali terakhir muncul dengan single solo 'Bomba' tahun lalu. 

Jelas Sonaone atau nama asalnya, Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach lagi, lagu  'Sape Kata'  banyak  bermain  dengan  perasaan  dalaman  ditambah  dengan  emosi  bercelaru. Ia memang cukup dekat dengan siapa saja yang pernah melalui hubungan penuh dramatik.

"Lagu ini mewakili satu rasa yang tidak selesa apabila dibelenggu hal yang meresahkan fikiran pasangan kekasih. 

“Pada masa sama, hati berperang mempersoalkan itu ini dan pada akhirnya tidak bertemu jawapan pasti. 

"Keadaan ini membuatkan seseorang rasa seperti mereka menghidap penyakit bipolar (kecelaruan  dwikutub)  iaitu sejenis  penyakit  mental  yang menyebabkan  perubahan emosi, tingkah  laku  dan  pemikiran.  Ia seperti garis pemisah antara  sikap yang memusnahkan dan kebencian terhadap diri," katanya.

Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) menerusi lagu 'Apa Khabar' dendangannya bersama Joe Flizzow ini menambah, adat dalam bercinta belum tentu berakhir dengan kemanisan.

"Bercinta bagai nak 'rak', berkorban perasaan dan macam-macam lagi tidak  pernah menjadi jaminan ia akan  kekal.  Hal sama boleh  diadaptasi  dalam  kehidupan.

“Terjemahan rasa yang terjerut itu juga divisualkan dalam video muzik lagu ini. Ia diarahkan ATG dan saya sendiri. Visual itu mewakili emosi yang bertebaran.

“Namun, pada akhirnya hidup kena diteruskan. Kena 'move on'. Menjadi kuat adalah pilihan yang ada. Untuk 'move on', adakalanya kita perlu  melupakan kisah silam.

"Saya percaya  penonton dan peminat  dapat  merasai apa yang cuba disampaikan menerusi  emosi barisan pelakon dalam video muzik ini," katanya.

Tentang perancangannya untuk mengahwini seorang gadis yang pernah digembar-gemburkan dengannya sebelum ini, Sonaone berkata tidak semua yang didambakan jadi kenyataan. Hidup ini bukan persis kisah dongeng. 

"Saya mahu 'move on'. Saya anggap tak ada jodoh dengannya. Tak semua yang kita dambakan akan berakhir seperti indahnya kisah dongeng," katanya yang pernah tampil dengan dua album studio berjudul Growing Up Sucks pada 2016 dan Detail (2019) . 

Gambar: Universal Music 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN