web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Luahan Rasa Pendatang Baru – Eemrun

Muzik sebagai medium ekspresi diri. Teruskan membaca kisah bakat baru minggu ini, Eemrun.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 10:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seawal di bangku sekolah lagi, dia sudah mula belajar dan mengenal pelbagai genre muzik antarabangsa termasuk muzik underground, sekali gus mendorong penyanyi remaja berusia 17 tahun ini mengikut jejak langkah itu.

Ketika berusia 13 tahun pula, penyanyi yang menggunakan nama pentas Eemrun ini mula mencipta lagu dan menulis lirik. Walaupun bergerak secara underground, Eemrun atau nama sebenarnya Muhammad Imran Daniel Mohammad Salahuddin tetap berasa puas kerana boleh mengekspresi muzik sendiri.

Menginjak ke usia 15 tahun, Eemrun melangkah setapak lagi apabila mula menerbitkan lagu yang dicipta. Bermula dengan memperdengarkan kepada rakan-rakan, dia seterusnya memuat naik lagu ciptaannya di saluran YouTube.

Sejak itu, Eemrun yakin untuk terus memperjuangkan apa yang sudah dimulakan. Sebagai permulaan, Eemrun memberanikan diri melangkah ke pasaran muzik tempatan secara komersial dengan mempertaruhkan lagu berjudul ‘Emosi’.

Daripada pemuzik underground, Eemrun kini mampu mengukir senyuman apabila ‘Emosi’ dilancarkan secara rasmi pada pertengahan Februari lalu. Video lirik muzik yang siarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia bermula 19 Februari lalu telah mendapat lebih 250,000 tontonan.

Menurut anak jati Kuala Lumpur ini, idea dan melodi lagu itu datang secara tiba-tiba pada jam 3 pagi tatkala dirinya bergelut dengan emosi selepas kematian nenek tercinta.

“Lagu ini mempunyai mesej yang sangat mendalam. Ketika itu saya berasakan diri kosong dan tidak mempunyai emosi selepas kematian nenek. Saya hilang tempat mengadu. Apa saya lalui dan rasa, saya terjemahkan dalam lagu ini.”

“Apabila pendengar mendengar lagu ini, mungkin mereka boleh kaitkan dengan cinta atau perasaan ketika kehilangan seseorang. Apa yang penting, saya mahu pendengar faham maksud tersirat pada setiap bait lirik lagu ini.”

“Bagi saya, lagu ‘Emosi’ kena dengan cita rasa orang kita yang mana mereka boleh terima melodi yang dipersembahkan dalam lagu ini. Kalau mereka mendengar pasti dapat rasa dan boleh dijadikan terapi,” katanya.

Berkongsi mengenai keputusan terjun ke pasaran komersial, Eemrun berkata ia satu lagi percubaan baharu dalam hidupnya seperti mana ketika terbabit dalam muzik underground.

“Sebelum ini saya artis underground saja. Saya buat lagu dan muat naik di YouTube. Selepas menghasilkan 20 lagu, kiranya lagu ‘Emosi’ ini adalah yang pertama menjengah pasaran komersial. Semua lagu dihasilkan dan disiapkan sendiri di rumah.”

“Apabila melangkah secara rasmi dalam pasaran muzik komersial, saya anggap ini adalah perkara baharu yang saya perlu cuba. Sudah tiba masanya saya upgrade diri sendiri. Dalam masa sama, saya juga percaya dengan hasil kerja sendiri,” ujar Eemrun yakin.

Menjadikan kugiran Amerika Syarikat, Linkin Park dan ramai lagi sebagai rujukan muziknya, Eemrun berkata dia tetap tidak melupakan pemuzik tempatan.

Malah, lagu-lagu daripada kumpulan Hujan, Bunkface dan YonnyBoi antara yang menjadi perhatiannya.

Untuk mendengar lagu hasil ciptaan Eemrun ini, anda  boleh ke semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox. - Getaran, 3 Mac 2021

Semua gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN