web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Armpunk Sindicate Tampil Segar Dalam EP Terbaharu

EP terbaharu band Indie ini memuatkan tiga lagu lama dan tiga lagu baharu yang mengangkat isu kesihatan mental.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Nov 2021 8:46PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas enam bulan berhibernasi kerana pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti seni muzik, kumpulan Indie, Armpunk Sindicate mengumumkan akan muncul semula dalam beberapa persembahan gig tapak bebas. 

Namun, apa yang lebih mengujakan adalah band muzik yang mula ditubuhkan di Ampang, Kuala Lumpur pada 2018 ini rancak menyiapkan EP yang memuatkan enam lagu.

Tiga daripadanya adalah lagu lama iaitu 'Dadah Durjana', 'Satu Bendera' dan 'Noisy Punk' serta tiga lagu baru berjudul 'Selamat Malam', 'Gula-Gula' dan 'Kamulah Seterumu' yang membawakan mesej kesihatan mental. 

Armpunk Sindicate yang dianggotai Zaid Nazim Zainal Abidin atau Zed selaku vokalis, Muhamad Hameli Muhamad Yazid atau Miely (gitaris), Akmal Hakim Syed Abdul Hamid atau HK (pemain bass) dan Muhammad Elby Danial Mohd Suhaili atau Elby (pemain dram) mengakui ada banyak benda baru dibawa menerusi projek EP ini.  

Elby berkata, menerusi lagu 'Selamat Malam' yang mengetengahkan nuansa muzik punk yang tipikal, ia bakal menyelitkan elemen ragga rap yang akan dipersembahkan Jeff daripada kumpulan A To Z. 

“Bagi lagu 'Gula-Gula' pula yang berteraskan punk ska, ia akan dilengkapi dengan bunyian horns. Ia adalah sebuah lagu protes yang tidak keterlaluan. 

“Secara peribadi kami semua menyukai lagu ini baik lirik mahupun susunan muziknya. Bila buat persembahan, kami terhibur dan dapat bayangkan bagaimana getarannya apabila diperdengarkan kepada peminat.  

“'Kamulah Seterumu' pula bergenre punk rock yang mempunyai tempo pantas dan lagu ini ada kaitan dengan HK kerana dia pernah berhadapan masalah isu mental,” katanya kepada Getaran. 

Untuk menghasilkan EP yang menggunakan Independent Music Funding daripada CENDANA, Armpunk Sindicate telah mendapatkan khidmat Shamsul Cairel Abdul Karim selaku produser album. Bahkan, beliau turut bertindak sebagai komposer. 

Armpunk Sindikate dan Shamsul Cairel.
Armpunk Sindikate dan Shamsul Cairel.

Sungguhpun begitu, Elby menjelaskan, mereka turut terlibat sepenuhnya dalam susuna muzik semua lagu baharu itu.  

“Kami akui menghasilkan lagu sendiri lebih memberi kepuasan tetapi membawakan lagu daripada komposer luar juga mempunyai kepuasan sendiri terutama sekali apabila dapat membuat susunan muziknya mengikut acuan, feel dan cara kami sendiri. 

“Malah, kami juga banyak belajar perkara baharu tentang kerja-kerja rakaman daripada Pak Long (gelaran buat Shamsul Cairel) yang  berberpengalaman luas dalam bidang ini," kata Elby.

Selaku komposer dan produser album EP Armpunk Sindicate ini, Shamsul Cairel berkata, adalah suatu perkara yang biasa apabila band muzik termasuk Indie terpaksa menggunakan pemuzik undangan sewaktu merakamkan muzik. 

“Ini kerana pengalaman membuat rakaman muzik sangat berbeza sewaktu bermain di pentas dan ada di antara mereka yang tidak mampu melakukannya sewaktu rakaman berlangsung. Akan tetapi, Armpunk Sindicate mampu melakukannya sendiri persembahan sewaktu rakaman dilakukan,” katanya. 

Penglibatan Shamsul Cairel dengan Armpunk Sindicate bukanlah baharu. Malah, dia mengakui mengambil masa dua minggu untuk memberikan jawapan apabila diminta menjadi penerbit kebanyakan lagu Armpunk Sindicate sebelum ini. 

“Kalau dikaji memang terlalu banyak aliran dalam muzik punk. Setiap aliran mengakui muzik mereka adalah tulen. 

“Namun dari zaman Ramones dan Sex Pistols lagi, struktur kod punk sebenarnya berasal dari rock n roll dan punk sebenarnya adalah bermain dengan penuh attitude. Itulah yang saya dan Armpunk Sindicate pegang setiap kali terlibat dengan pembikinan rakaman lagu mereka. 

“Tentang EP ini pula, ia sedang disiapkan melibatkan tiga studio iaitu One Scream, Karya Enigma dan Funky Brigade. Jika tiada aral ia akan dilancarkan pada Januari depan bersama sebuah video muzik," katanya.  

Menyentuh tentang aliran muzik punk yang bertentang ideologi, Armpunk Sindicate tidak terkecuali menerima kecaman daripada segelintir pengikut muzik punk terutama sewaktu mereka menghasilkan lagu 'Satu Bendera'. 

“Bagi mereka, kami cuba bercakap tentang soal semangat nasionalisme atau racisme. Hakikatnya, apa yang cuba kami sentuh dalam lagu ini adalah tentang semangat penyatuan dan persaudaraan (brotherhood)

“Apapun kami sudah lali dengan kecaman sebegini. Baik atau buruk kami terima kerana ia lumrah hidup," kata Elby lagi.  

Sebagai band Indie yang kian dikenali dan pernah 37 gig sepanjang 2018, Armpunk Sindicate berharap mereka akan dapat beraksi di negara-negar Asia Tenggara dalam tempoh terdekat.  

“Kalau dalam tempoh 10 tahun akan datang pula, kami harap dapat buat konsert jelajah di Eropah. Namun, apa yang penting, dalam tempoh 10 tahun itu, kami akan sentiasa bersemangat, tampilkan sesuatu yang segar dan seolah-olah seperti baru kali pertama bermain di pentas. 

“Macam kata pemain dram Metallica, Lars Ulrich: 'We are just getting started' dalam sebuah konsert pada 2018,” kata HK pula. 

Gambar: Armpunk Sindicate 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN