web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyampai Radio JohorFM 'KJ' Meninggal Dunia Akibat SLE

Junaidah Alahan, 48, atau lebih dikenali sebagai KJ, yang turut bertugas sebagai penyampai radio JOHORfm selama 22 tahun, meninggalkan seorang suami dan empat anak berusia 16 hingga 22 tahun.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 5:11PM

Gambar: Facebook JohorFM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Johor, Junaidah Alahan meninggal dunia tengah malam tadi akibat penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE).

Junaidah, 48, atau lebih dikenali sebagai KJ, yang turut bertugas sebagai penyampai radio JOHORfm selama 22 tahun, meninggalkan seorang suami dan empat anak berusia 16 hingga 22 tahun.

Suaminya Mohd Hafiz Hamdan, yang juga pemandu kenderaan di RTM Johor berkata isterinya meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada pukul 12.55 tengah malam.

“Selepas lebih seminggu dimasukkan ke wad HSA, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit SLE yang dihidapi sejak 21 tahun yang lepas.

“Dia seorang isteri yang terbaik, tidak berkira dan jika ada apa-apa berlaku kami akan selesaikan bersama, apa pun mungkin Allah lebih menyayangi dia,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penyiaran Johor Ramlee Johari berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat warga kerja JOHORfm.

“Kita kehilangan pegawai yang dikasihi semua, beliau seorang yang bersopan santun dan selalu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas dan amanah serta tidak pernah menolak.

“Saya rasa kita semua harus mencontohi keperibadian beliau, saya harap keluarga Allahyarham terus kuat atas pemergiannya,” katanya.

Jenazah Junaidah akan dimandikan dan disembahyangkan di Surau AtTaqwa serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin, di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN