web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Maut Dalam Kejadian Rempuhan Di Festival Muzik Di Houston

Insiden itu dikatakan berlaku kira-kira 9.15 malam waktu tempatan ketika penyanyi rap Travis Scott membuat persembahan di festival muzik Astroworld di Houston, Amerika Syarikat

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 11:03AM

Gambar: Instagram @astroworldfest

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan puluhan lagi cedera dalam insiden rempuhan di festival muzik Astroworld di Houston, Amerika Syarikat pada Jumaat malam.

“Orang ramai mula bersesak-sesak di hadapan pentas utama mencetuskan situasi panik dan menyebabkan beberapa pengunjung mengalami kecederaan,” kata Ketua Bomba Houston Samuel Pena di sidang media pada Sabtu lapor Agensi Berita Xinhua.

"Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan terbunuh dan beberapa individu cedera," kata Pena.

Insiden itu dikatakan berlaku kira-kira 9.15 malam waktu tempatan ketika penyanyi rap Travis Scott membuat persembahan.

Sekurang-kurangnya 17 mangsa dihantar ke hospital, 11 dibawa dengan ambulans selepas mengalami serangan jantung, katanya. 

Kira-kira 300 orang lagi dirawat di lokasi kejadian.

Festival Astroworld mula diperkenalkan pada 2018 tetapi tidak dianjurkan pada 2020 disebabkan pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN