web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MPO, MCC Berkolaborasi Demi Siri 'Konsert MPOPlaysOn'

'MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series - Chamber Concert' menampilkan karya kontemporari komposer tempatan dan dipersembahkan dalam tiga bahagian menerusi saluran YouTube MPO serta MPO TV.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 12:16PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi memberi penghargaan berterusan terhadap karya-karya komposer tempatan dari pelbagai latar belakang muzik, Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) telah bekerjasama dengan Persatuan Komposer Kolektif Malaysia (Malaysian Composers Collective - MCC) untuk mempersembahkan sebuah konsert secara maya.

Konsert yang dinamakan MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series - Chamber Concert ini menampilkan karya kontemporari komposer tempatan dan dipersembahkan dalam tiga bahagian menerusi saluran YouTube MPO dan MPO TV. 

Bahagian pertama akan mula ditayangkan esok (5 November), Bahagian Kedua (12 November) dan Bahagian Ketiga (19 November). 

Menerusi bahagian pertama penonton akan dihiburkan dengan karya 'Edge of Lunacy' ciptaan Jessica Cho  menceritakan situasi emosi seseorang yang sedang beransur-ansur menjadi kurang siuman, 'Frizzy Crystals' oleh Tai Yun Ming (karya yang menggambarkan bentuk tekstur awan ais yang seakan-akan kristal) dan 'Nunuk Ragang' karya Rayner Naili (diilhamkan oleh legenda pokok beringin merah yang melindungi penempatan pertama di Sabah). 

Persembahan bahagian kedua menyajikan karya 'Hymn of the Remnants' oleh Caeleb Tee (menggambarkan kelompok manusia memuji keindahan bumi), 'Tanjak - Mahkota Alam' ciptaan Raja Alif (sebuah bentuk seni visual dan interpretasi beliau terhadap tanjak tradisional Melayu) dan 'Threadsafe' daripada Samuel Cho (diilhamkan oleh konsep pengaturcaraan komputer tentang keselamatan).

Manakala persembahan bahagian terakhir akan menampilkan karya Ilysia Tan berjudul 'Addiction to Perfection' yang dihasilkan untuk memantau persepsi umum fizikal dan sosial, 'Fragments I' ciptaan Ainolnaim Azizol (karya yang dihasilkan untuk pertandingan Asian Composers League Young Composers 2014 di Jepun) dan 'Dance of the Wind and Sea' oleh Vivian Chua (karya gabungan irama Malaysia dan melodi harmoni dari barat).

Konsert ini merupakan usaha kolaborasi kedua MPO bersama MCC pada tahun ini. Kerjasama yang pertama adalah untuk koleksi audio digital MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series - Vol.1 berlangsung pada Mei lalu. 

Penasihat Artistik untuk konsert ini ialah Konduktor Residen MPO, Gerard Salonga. Selain menjanjikan pelbagai lagu menarik, setiap karya yang  dipersembahkan akan disertakan dengan komentari video setiap komposer.

Selain memberikan penghargaan, MPO menyediakan platform ini supaya karya-karya komposer MCC dapat ditampilkan di pentas yang berprestij dan memupuk bakat mereka untuk terus berkembang serta bersinar.

Ditubuhkan pada 2007, MCC telah menjadi peneraju utama dalam mempromosikan bakat komposer tempatan di dalam dan luar Malaysia. Komposer MCC telah mewakili Malaysia di Young Composers Competition dan Asian Composers League Festival. 

MCC juga telah melancarkan pelbagai inisiatif, antaranya bengkel komposer muda dengan kerjasama bank HSBC pada 2008 dan KL Contemporary Music Festival (2009) bersama Goethe Institut. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Jom Bawa Keluarga Sertai MPO Terokai Pengembaraan Muzik Yang Luar Biasa Pada 23 Mei

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon