web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 11:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Serpihan' - Daniesh Suffian

Sebuah lagi karya baharu dari Daniesh Suffian menemui peminat muzik tempatan. Lebih istimewa lagu berjudul 'Serpihan' ini dicipta dan ditulis oleh Daniesh Suffian sendiri dengan lirik bersama nukilan Firdaus Rahmat. Sebuah balada yang indah dan mungkin ada kesempatan untuk menjadi popular jika Daniesh diberi peluang untuk mempromosikannya secara lebih meluas. Daniesh yang lengkap dengan paras rupa kacak serta suara yang merdu masih belum dapat menembusi pasaran seperti yang diharapkan. Apapun kami juga harap Daniesh tidak berputus asa dan semoga kali ini lagu ini akan memberi kejayaan buatnya.  

'Allah Allah Aghisna' - V.E. × INTEAM 

Satu gabungan vokal yang mantap dan menenangkan. Projek ini merupakan sebuah karya nasyid yang berjaya dalam memberikan sedikit kelainan pada muzik beserta sentuhan kontemporari. 'Allah Allah Aghisna' memberi peluang kumpulan vokal R&B, V. E. bersama kumpulan nasyid popular InTeam untuk berpadu suara memuji kebesaran dan meminta bantuan Tuhan bersama, di samping mengingati Rasulullah SAW. Satu cara yang baik untuk mendekati generasi baru lewat muzik, ini bukti R&B dan nasyid boleh disulam dan dinikmati bersama dalam iman. Syabas buat kedua-dua kumpulan.

'Kuasa Dua' - Megat Rahim

Karya Malaysia kegemaran saya minggu ini datangnya daripada penyanyi yang semakin meningkat naik iaitu Megat Rahim. Biarpun masih muda, Megat Rahim ada aura tersendiri. Saya memang meminati penyanyi ini sejak lagu pertamanya yang berjudul 'Sinar', berkat sentuhan moden yang diberikan dalam muziknya. Malah permainan vokalnya yang mudah dan tidak berlebihan membuat hasil kerjanya lebih menarik. Kali ini dia muncul dengan sebuah lagi lagu berjudul 'Kuasa Dua'. Bernuansa Pop R&B dan sangat sesuai dengan generasi hari ini, rentaknya yang rancak ciptaan sepenuhnya oleh nama-nama senior seperti Shazee Ishak, Omar K dan Audi Mok bersama Firdaus Rahmat membuatkan lagu ini begitu berkualiti. Ia mengingatkan saya kepada lagu-lagu Justin Bieber, Pink Sweat dan beberapa artis antarabangsa lain. Saya yakin Megat Rahim punya peluang yang sangat cerah dalam industri muzik tempatan.

'IFWYV' - ASMAI feat. WAZ, Swanz, Aziz Harun

Lagu ini mungkin sudah agak lama diterbitkan namun ia masih kekal di carta muzik Brunei dan saya baru menemuinya. Sekali lagi muzik Brunei membuka mata dan mengagumkan telinga saya. Lagu berbahasa Inggeris 'I Funk With Your Vibes' atau 'IFWYV' ini menampilkan empat bintang muda Brunei iaitu ASMAI, WAZ, Swanz dan juga Aziz Harun. Ditulis oleh mereka berempat, lagu ini sememangnya berada di kelas tersendiri. Jika anda mendengarnya tanpa melihat wajah sang penyanyi, anda mungkin tidak akan menyangka bahawa ia dinyanyikan oleh penyanyi Melayu Brunei. Ini kerana vokal dan muzik mereka persis karya antarabangsa yang berkualiti tinggi. Saya menikmati setiap detik lagu ini dan yakin anda juga akan berpendapat sebegitu. 

'Cakap Sini Habis Sini' - Alif Abdullah, Syed Azmir, Fauzie Laily & Hyrul Anuar

Ini juga sebuah lagu yang sudah dilancarkan di bumi Singapura namun saya baru berpeluang mengenalinya selepas terlihat ia dikongsi di media sosial. Seperti lagu Brunei yang saya ulas tadi, lagu ini juga masih diminati pendengar muzik Melayu Singapura dan saya merupakan peminat terbaharu mereka. Lagunya pendek, kompak namun menyengat. Tidak sampai tiga minit tetapi ia begitu mengasyikkan. Saya terbuai dengan muziknya yang digubah baik oleh Alif dan disulam dengan warna vokal hebat penyanyi lelaki Singapura Syed Azmir, Fauzie Laily dan juga Hyrul Anuar. Saya harap peminat di negara-negara jiran akan dapat menangkap keajaiban yang ada pada lagu bertaraf dunia ini. Syabas Singapura!  

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

2

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

3

Muzik 3 tahun yang lalu

“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN