Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 1:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Demi Kamu' - Indah Ruhaila 

Lama juga kita tidak mendengar khabar penyanyi ini. Jadi, kehadiran single terbaharu Indah Ruhaila yang berjudul 'Demi Kamu' ini memang sesuatu yang dinantikan para pengikutnya dan ia memang tidak mengecewakan sama sekali. Dicipta oleh Johan John dengan lirik nukilan Khaleel, karya ini sekali lagi memberi peluang kepada Indah untuk bermain dengan vokalnya pada kadar yang lebih luas. Secara peribadi, saya memang meminati suara Indah kerana ia bukan sahaja merdu namun bertenaga. Malah Indah mempunyai range yang agak luas dan ini membenarkan dirinya untuk melantunkan vokal sepuas-puasnya. Lagu yang menjadi runut bunyi asli siri drama Tahyul di TV3 pasti akan mencuri hati peminat muzik pop Melayu jika ia diberi putaran yang tinggi di media massa.

 

'Sheeshflow' - Forceparkbois 

Semarak dunia hip hop semakin berkembang. Dari puluhan artis solo yang muncul dalam industri muzik Malaysia, kini bangkit lagi sebuah kumpulan yang bernama Forceparkbois. Lagu mereka ini yang berjudul 'Sheeshflow' adalah ciptaan Nakalness, NSH, Asset.Bo, Noel, Pab, Ch1k, Han Panas, dan Blxckid. Ia merupakan satu karya yang harus dipuji kerana ia mempunyai alunan yang agak unik dan mempunyai rentak catchy. Namun, dengan ahli kumpulan yang begitu ramai, semestinya mereka bakal dibandingkan dengan kumpulan hip hop yang sudah pun membina nama beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu K-Clique. Biarpun muzik yang dialunkan 'Sheeshflow' memang mantap dan tidak perlu disangkal lagi, namun cara nyanyian rap mereka sedikit susah ditangkap berbanding artis hip hop yang lain. Rap pada dasarnya merupakan satu seni yang memang unik namun sebab utama ia mempunyai pengaruh besar kerana mesejnya perlu jelas. Sebutan dalam nyanyian penyanyi rap legenda dunia seperti Warren G, Snoop Dogg, Joe Flizzow, Altimet, Sonaone dan lain-lain jelas serta mudah difahami, lantas faktor itu mungkin perlu diperbaiki oleh anak-anak muda ini. Namun, percubaan mereka ini memang wajar diberi peluang buat pengikut muzik hip hop tempatan.   

'Kelentang Kelentong' - Hael Husaini    

Setiap kali Hael Husaini muncul dengan karya baharu, ia pasti mencuri perhatian pengikut muzik tempatan. Ini kerana bekas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ini tidak pernah serik dengan satu formula serta sering mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar dirinya. Kali ini Hael sekali lagi tampil dengan lagu yang agak unik berjudul 'Kelentang Kelentong'. Dicipta bersama rakan muzik kegemarannya, komposer berbakat Ezra Kong yang juga pemenang kerap AJL, lagu ini pasti akan membuat anda ingin menari sebaik sahaja mendengar muzik pembukaannya. Menggunakan kata-kata yang mudah diingati dalam bait-bait liriknya menjadikan 'Kelentang-Kelentong' satu lagu yang berkemampuan melekat dalam otak anda. Korusnya yang menghiburkan serta banyak mengulang perkataan yang sama menjadikannya satu formula yang baik untuk sesebuah lagu kekal diingati oleh semua golongan. Malah, ia sangat berkebolehan menjadi lagu viral di wadah media sosial khasnya di TikTok dan Instagram. Syabas Hael dan Ezra sekali lagi!  

 

'Mawar' - Zul F

Terpesona mendengar lagu asal penyanyi dari Brunei, Zul F ini yang disuntik dengan sedikit alunan jazz bersama cebisan nuansa R&B. Dicipta sepenuhnya oleh Juan Madial, lagu ini juga mengingatkan saya kepada lagu-lagu jazz kontemporari Indonesia gara-gara suara penyanyinya yang mempunyai gaya vokal serta muzik yang mirip dengan para penghibur dari negara Garuda tersebut. Susunan muziknya yang lebih moden juga menjadikannya sebuah karya yang wajar diberi peluang untuk mengembara lebih jauh. Malah, pengakhiran lagunya juga tidak mudah dijangka kerana ia digubah dengan cara yang agak berbeza daripada lagu-lagu Bahasa Melaysia yang sering kita dengar di Malaysia atau Singapura. Semoga lagu ini diberi kesempatan untuk menjengah ruang udara negara-negara jirannya sekitar nusantara.

'Gerhana' - Rahmat Damansari & Aisha Ayesha

Satu lagi karya yang tidak mengecewakan dari seberang tambak berjudul 'Gerhana' dendangan Rahmat Damansari dan Aisha Ayesha menjadi lagu pilihan Singapura kami minggu ini. Susunan muzik yang moden dan mengikut trend masa kini memberi peluang lagu ini untuk bersaing dengan lagu-lagu R&B yang ada di ruang udara. Berkat tempo yang digubah baik dengan suara penyanyinya yang tidak kurang hebat dengan penyanyi antarabangsa, 'Gerhana' menonjol sebagai sebuah karya yang akan diingati oleh golongan muda remaja. Terdengar sedikit pengaruh artis barat seperti Justin Bieber dan yang seangkatan dengannya dalam karya ini namun ia masih asli dari segi penyampaian muzik dan liriknya. Ia juga satu pengenalan yang baik buat Aisha Ayesha yang memilih untuk berkolaborasi dengan Rahmat Damansari yang sudah mula terlebih dahulu. Malah ia membuat saya ingin mendengar lebih banyak mainan vokal  Aisha jika dia mempunyai rancangan untuk tampil sebagai penyanyi solo selepas ini. Kita sama-sama nantikannya!

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

2

Indie 1 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

3

Muzik 1 tahun yang lalu

“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Muzik 5 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri