Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Lagu Bernuansa Positif Buat Anda

Kami menawarkan lagu terbaharu yang mampu memenuhi selera ramai.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 1:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekiranya anda ingin meneroka lagu terbaharu taruhan penyanyi dan kumpulan antarabangsa, kami ada cadangan buat anda. Kali ini kami menyajikan lagu lima artis termasuk beberapa kugiran yang sudah lama menghilang. Kami percaya kesemua lagu yang disulami mesej positif dan kata-kata semangat ini mampu menceriakan hari anda.


'Rule The World' oleh The Wanted 

Setelah tujuh tahun menyepi, kumpulan The Wanted akhirnya kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Rule The World’ yang sangat dinanti-nantikan. Ditulis oleh penyanyi kumpulan ini sendiri, Max bersama Ari Leff dan Michael Pollock, single ini berentak rancak bahkan mampu membuatkan anda menari mengikut irama.

Kumpulan ini turut berkongsi berita bahawa mereka bakal mengeluarkan sebuah album bertajuk When I Close My Eyes bulan depan. Album ini akan memuatkan rangkaian lagu ‘hit’ awal tahun 2000 serta lagu baharu yang belum pernah didengar lagi. Mereka juga bakal mengadakan konsert jelajah selama 12 hari di England pada Mac tahun depan. 

When I Close My Eyes oleh Chelsea Cutler 

Terkini, penyanyi platinum, Chelsea Cutler mempertaruhkan single terbaharunya berjudul ‘Forever’ dari album When I Close My Eyes. Untuk pengetahuan semua, album yang mengandungi 13 buah lagu ini ditulis, dirakam dan diterbit sendiri Chelsea ketika lockdown

Chelsea berkongsi rasa gembira  pada kulit albumnya yang bertulis ‘Saya sangat teruja menghadiahkan album kedua, When I Close My Eyes khas buat peminat yang disayangi. Saya berharap agar kegembiraan yang disulam dalam penulisan lirik saya dapat dirasai semua pendengar serta mampu buat mereka tersenyum.”

Optimist oleh Finneas

Penyanyi dan penerbit muzik, Finneas tampil dengan album debut berjudul Optimist buat para peminat. Optimist ditulis dan diterbitkan oleh pemenang Grammy ini sendiri dan mengandungi trek seperti ‘The 90s’, ‘A Concert Six Months From Now’, ‘What They’ll Say About Us’ dan 10 lagu yang belum dikongsi secara umum.

Menurut Finneas, lagu paling menyerlah dalam album ini adalah ‘Love Is Pain’.

"Single ini menceritakan tentang patah hati dan fasa kesedihan yang terpaksa dilalui jika berdepan dengan situasi tersebut. Saya mahu menulis lagu mengenai percintaan dan hubungan antara orang dewasa. Saya rasa, semakin anda mencintai seseorang, semakin mereka mempunyai kelebihan untuk mengecewakan kita.”

Juno oleh Remi Wolf 

Terkenal dengan kejayaan karya-karya sebelum ini, penyanyi pop Remi Wolf akhirnya mempertaruhkan album debut berjudul Juno. Album yang menampilkan 13 lagu ini menghubungkan para pendengar ke dunia kaleidoskopik yang dicipta oleh Remi.

Album ini berjaya ditulis dan dirakam sepanjang pandemik COVID-19 oleh penyanyi ini. Menurut Remi, Juno menampilkan sisi Remi yang lebih terbuka yang mana dia berkongsi perasaan sedih dan gembira dalam kariernya sebagai penulis muzik serta penyanyi. Remi turut berkongsi khabar gembira dia bakal mengumumkan konsert jelajah dunai tidak lama lagi.

‘Santé’ oleh Stromae

Penyanyi, Stromae kini muncul kembali dengan single pertamanya berjudul ‘Santé’ selepas sekian lama menyepi. Stromae berharap lagu ini dapat mencurahkan tenaga positif kepada pendengar dan mengembalikan suasana ceria yang selama ini suram kerana pandemik. 

Irama lagu ini diinspirasikan rentak bunyi muzik Amerika Selatan yang digabungkan dengan genre elektronik dan cumbia. Melalui single ini, Stromae ingin mengingatkan semua agar menanamkan rasa hormat terhadap semua orang tanpa mengira masa dan di mana pun berada. 

Kesemua lagu yang disenaraikan dalam artikel ini boleh didengar di laman penstriman Spotify atau Apple Music. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang artis yang tersenarai, jangan ketinggalan melayari profil rasmi mereka di instagram. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

'Sape Kata' Cetusan Kisah Cinta Sonaone

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Selebriti 13 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21