web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Apa Dengan Rumah Dalam Video Adele, 'Easy On Me'?

Adele sebelum ini berkata lagu-lagu dalam album terbaharu ini menceritakan tentang kisah perceraiannya dan usaha untuk menyembuhkan luka di hati.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 3:02PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah enam tahun, kini penyanyi terkenal Adele hadir dengan buah tangan terbaharunya iaitu 'Easy On Me' yang memang dinantikan oleh para peminatnya dari seluruh dunia.

Bayangkan, baru sahaja enam jam dimuat naik, ia telah mencatatkan 10 juta tontonan di YouTube. 

Muzik video lagu berentak balada itu dimulakan dengan sebuah rumah. Di sini, Adele seolah-olah membawa kita meneroka masa lalu kehidupan peribadinya.

Dalam video itu, Adele dilihat membawa beg keluar meninggalkan rumah itu.

Penulis tidak pasti sama ada babak dan konsep ini disengajakan, namun ia seakan-akan sebuah kesinambungan daripada klip lagu 'Hello' yang sebelum ini memperlihatkan Adele memasuki sebuah rumah kosong.

Mungkin juga kerana video muzik ini mendapat sentuhan Xavier Dohan yang sebelum ini memang pernah bekerjasama dengan Adele menerusi lagu 'Hello' pada tahun 2015. 

Namun, ada sesuatu yang menarik jika kita mahu bercakap tentang makna rumah yang dipilih Adele dalam video ini.

Dalam satu sesi Instagram Live sebelum ini, Adele pernah berkata lagu-lagu untuk album terbaharunya ini disiapkan dengan kepayahan yang dilaluinya.

Apalagi dalam tempoh itu Adele memfailkan penceraian dengan Simon Kenocki pada tahun 2019.

Maka album terbaharunya ini banyak menceritakan bagaimana Adele mencari dirinya kembali dan mengubati luka di dalam hati. Ia bercerita tentang kehilangan dan sebuah usaha menyembuhkan. Seperti lirik yang termuat dalam lagu ini berkata,

And there is hope in these waters, but I can't bring myself to swim, when I am drowning in the silence, baby, let me in."

“Saya membangunkan kembali rumah dan hati saya walaupun berdepan kepayahan. Album ini menceritakan itu semua. Rumah ialah tempat di mana hati kita berada,” tulisnya. 

Rata-rata peminat menyifatkan lagu ini dikeluarkan pada waktu yang tepat, ketika dunia dilanda pandemik dan kita memang memerlukan sebuah lagu tema untuk membuat kita menangis.

Maka lagu Adele ini adalah juaranya. - Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peguam Tak Tahu Dakwaan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Pernah Bercerai Sebelum Ini, Akan Segera Siasat

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN