web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Timbang Tubuh Badan Bela Nasib Penyanyi Di Malaysia - Zahidi

Kementerian percaya kewujudan badan berkenaan akan dapat membantu golongan penyanyi sebagaimana FINAS membantu para pelakon dan pihak lain yang terlibat dengan industri perfileman negara.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 2:30PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan sedang mempertimbang untuk menubuhkan satu badan bagi menyelia industri muzik tempatan agar kebajikan penyanyi di negara ini terus terbela, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata sebelum ini terdapat satu institusi sedemikian di bawah Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (yang kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) yang berperanan mengumpul dana bagi membantu penyanyi, namun kini badan itu tiada lagi.

"Kementerian percaya kewujudan badan berkenaan akan dapat membantu golongan penyanyi sebagaimana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membantu para pelakon dan pihak lain yang terlibat dengan industri perfileman negara.

"Melalui FINAS, kita sudah bantu pelakon-pelakon dan artis, tetapi untuk penyanyi ini belum ada lagi, menyebabkan terdapat rungutan. 

"Jadi kini Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa sedang berbincang bagaimana hendak bantu golongan penyanyi pula, sama ada melalui FINAS juga atau kita (kerajaan) buat satu badan lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Temu bual itu membincangkan Program Komuniti @ Finas (KoFI) Padang Besar, Perlis.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata kementerian juga sedang mencari jalan untuk meningkatkan lagi kutipan dana yang boleh disalurkan kepada golongan artis dalam industri perfileman.

"Sebagai contoh mungkin kita boleh tingkatkan cukai tiket panggung wayang antara 30 atau 40 sen sebagai tambahan dana untuk membantu semua artis-artis ini," katanya.

Berhubung program KoFI, Zahidi berharap selain mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri kreatif, ia dapat menonjolkan kawasan-kawasan menarik di negeri itu yang boleh diketengahkan sebagai lokasi penggambaran bagi syarikat-syarikat produksi termasuk dari luar negara.

Menurut beliau ia seiring dengan matlamat kementerian untuk mengembangkan sumbangan industri kreatif kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang kini pada kadar 1.9 peratus atau bersamaan RM29 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN