Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kami Tidak Akan Gam Artis Yang Tarik Diri Dari AME2021 - Raqim 

Tiga kategori baharu bakal dipertandingkan dalam Anugerah MeleTOP Era (AME 2021) iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP, manakala dua kategori  sedia ada iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP digugurkan.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 5:12PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak stesen kabel TV berbayar, Astro tidak berhasrat untuk mengambil tindakan menyenaraihitamkan selebriti yang bercadang untuk menarik diri daripada menyertai Anugerah Meletop Era (AME) 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari 2022.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, AME 2021 dianjurkan untuk meraikan karya dan personaliti paling menyerlah sepanjang 2020 merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.

“Jika ada di antara mereka mahu menarik diri, kita tidak akan halang. Tetapi, pada waktu sama kita mahu dengar juga penjelasan dan sebab-sebab mengapa mereka mahu menarik diri,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan secara maya semalam. 

Menggunakan tagline 'Yang Fresh, Yang Legend, AME 2021', acara yang bakal memasuki edisi tahun kelapan ini masih menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi calon pemenang bagi 16 buah kategori utama dipertandingkan. 

Namun, untuk edisi 2021, tiga kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP. Manakala dua kategori yang sedia ada sebelum ini pula digugurkan daripada senarai utama iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP. 

Nabil sekali lagi mendapat kepercayaan mengacarakan Anugerah Meletop Era
Nabil sekali lagi mendapat kepercayaan mengacarakan Anugerah Meletop Era

Menurut Raqim, pengenalan tiga kategori baharu untuk menggantikan dua yang digugurkan itu adalah satu penambahbaikan yang dibuat setelah mengambil kira kesesuaian trend semasa yang mencerminkan perkembangan landskap persada seni masa kini supaya tidak ketinggalan.

“Sebelum memperkenalkan tiga kategori baharu ini, kita telah membuat penilaian terlebih dahulu terhadap  prestasi undian setiap kategori yang dipertandingkan. 

“Hasil daripada penilaian, kita mendapati undian yang diterima untuk kategori Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP semakin berkurangan. 

“Jadi, kita gantikan kedua-dua kategori ini dengan Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP. 

“Untuk Personaliti MeleTOP, kategori ini dibuka kepada personaliti dalam pelbagai bidang, manakala Video MeleTOP pula dimasukkan setelah kita menyedari banyak pengisian yang dihasilkan di media sosial meraih tontonan yang tinggi. 

“Disebabkan itu ada yang telah berjaya menjadi influencer. Contoh yang jelas Catriona Ross yang sering muncul dengan video Kak Cat di IG miliknya. Untuk kategori BBNU MeleTOP, kebangkitan generasi ini telah mencetuskan fenomena,” katanya. 

Jihan Muse
Jihan Muse

Pasangan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi dipilih untuk mengemudi AME 2021 sebagai hos utama.

Jelas Raqim, pemilihan Nabil dan Jihan dibuat kerana mereka berjaya menggalas tugas sebagai hos AME2020 yang lalu dengan baik.

“Gabungan mereka sangat serasi dan mereka telah berjaya membawa AME ke suatu tahap yang membanggakan pada tahun lalu,“katanya. 

Raqim juga mengakui bahawa pihaknya sudah bersedia untuk membenarkan kehadiran penonton dalam penganjuran AME 2021 ini nanti. 

“Namun, ia juga tertakluk kepada situasi dan keadaan pada ketika itu. Kita harap pada waktu itu, SOP yang sedia ada ketika ini dapat dikekalkan. 

“Jika tidak, kita terpaksa akur andai terpaksa menganjurkannya tanpa penonton dan jika keadaan kembali teruk, kita juga sedia untuk menunda tarikh penganjuran AME 2021,” katanya, 

Kesemua 16 kategori utama yang dipertandingkan adalah Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Si Cilik MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Drama MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Video MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP, Personaliti TV MeleTOP, Influencer MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Couple MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Program MeleTOP.

Selain daripada 16 kategori tersebut, turut dipertandingkan ialah tiga kategori kemuncak yang ditentukan berdasarkan jumlah undian tertinggi dalam kalangan calon Top 5 untuk kesemua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP Lelaki, Top Top MeleTOP Wanita dan Top Top MeleTOP Grup/Duo.

Undian fasa pertama untuk memilih calon Top 5 boleh dihantar sejak semalam  (5 Oktober), jam 6.00 petang hingga 19 November 2021, jam 6.00 petang menerusi laman rasmi www.anugerahera.com.my dan aplikasi SYOK. 2 

AME 2021 bakal  bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand. 


Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 5 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar