web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kolaborasi Coldplay x BTS Juarai Carta Billboard Hot 100

‘My Universe’ yang memulakan debutnya pada 24 September lalu terus menguasai industri muzik dengan lebih 11.5 juta penstriman di Amerika Syarikat, dan 127,000 muat turun.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 4:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kolaborasi dua nama besar kumpulan muzik dunia, iaitu Coldplay dan BTS telah meletakkan single terbaru mereka iaitu ‘My Universe’ di tangga teratas carta Billboard Hot 100 minggu ini.

‘My Universe’ yang memulakan debutnya pada 24 September lalu terus menguasai industri muzik dengan lebih 11.5 juta penstriman di Amerika Syarikat, dan 127,000 muat turun.

Ini merupakan kali keenam lagu BTS menjuarai carta Billboard Hot 100 selepas ‘Dynamite’, ‘Savage Love’, ‘Life Goes On’, ‘Butter’ dan ‘Permission to Dance’. Kumpulan BTS telah berjaya menduduki tempat pertama sebanyak enam kali dalam tempoh setahun satu bulan menjadikan mereka kumpulan kedua terpantas selepas The Beatles pada 1964 hingga 1966.

Billboard turut mendedahkan bahawa ‘My Universe’ merupakan  lagu pertama kolaborasi dua kumpulan yang berjaya menjadi juara carta Hot 100. 

Bagi kumpulan Coldplay pula, ini merupakan lagu kedua mereka yang berjaya menduduki carta teratas Billboard Hot 100 selepas ‘Viva La Vida’ pada 2008.

Muzik video ‘My Universe’ yang dilancarkan pada 30 September lalu menerusi saluran YouTube rasmi Coldplay telah menerima jumlah tontonan hampir 43 juta. 

Berkonsepkan futuristik, muzik video ‘My Universe’ telah dibikin oleh pengarah muzik video terkenal, Dave Meyers.

Army nyata teruja dengan kolaborasi ini kerana mereka tahu betapa kumpulan BTS mengidolakan Coldplay terutamanya Jin yang pernah meletakkan gambar Chris Martin di belakang telefon pintarnya.

‘My Universe’ merupakan single yang dimuatkan dalam album terbaharu Coldplay berjudul Music Of The Spheres yang bakal dilancarkan pada 15 October ini. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN