web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Cinta Tak Jadi Meerqeen Dalam Lagu 'Menunggu'

Walaupun bekas kekasihnya menginginkan Meerqeen kembali selepas pelakon itu semakin popular, namun hati Merqeen ternyata sudah tertutup untuknya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 2:47PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti muda Meerqeen nampaknya tidak ingin duduk di zon selesa apabila dia mula mengorak langkah daripada bidang lakonan kepada bidang seni suara. Bekas peserta Hero Remaja 2020 itu muncul dengan lagu terbaharunya bertajuk 'Menunggu'. 

Ternyata, bergelar penyanyi adalah impian terbesar pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam ini walaupun rezeki sebagai pelakon datang kepadanya terlebih dahulu. 'Menunggu' yang merupakan hasil ciptaan komposer muda Aliff Iskandar mengisahkan tentang rintihan seorang lelaki yang belum menerima kehilangan kekasihnya.

Ketika ditanya seberapa dekat lirik lagu berkenaan dengan kehidupan Meerqeen, pelakon 'Angkara Cinta itu' tersenyum kemudian mengakui hatinya pernah kecewa kerana cinta persis seperti yang diungkapkan lagu ini.

“Walau sudah tiga kali bercinta, namun berpisah untuk hubungan yang ketiga ini lebih sakit kerana maklumlah masing-masing sudah matang. Pada waktu itu saya berusia 18 tahun dan kami sudah berbual tentang masa depan. 

“Saya lelaki yang susah nak lupakan orang yang dicintai. Ini kerana saya bercinta memang untuk kahwin,” dedahnya. 

Bagi melupakan bekas kekasihnya, Meerqeen mengambil masa dua tahun untuk sembuh dari patah hati. Walaupun bekas kekasihnya menginginkan Meerqeen kembali selepas pelakon itu semakin popular, hati Merqeen ternyata sudah tertutup untuknya.

Kini, Meerqeen mengakui masih solo namun tidak membuka hati kepada sesiapa kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier seninya.

Merasakan mutu nyanyiannya belum cukup sempurna, Meerqeen menajamkan skill nyanyiannya dengan mengikuti kelas vokal. Misalnya untuk lagu 'Menunggu' ini, dia berguru dengan penyanyi Bob Yusof selama dua minggu. 

Meerqeen juga sedang mencari ruang untuk memperbaiki mutu suara agar lebih yakin bernyanyi di depan khalayak. Dia memulakan usaha dengan menyanyikan secara langsung lewat Instagram bersama-sama peminatnya.

“Saya akan menyanyikan lagu 'Menunggu' secara langsung cuma mungkin bukan sekarang,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu lagi.

Menunggu merupakan kerjasama antara Indigital Music dan Civicas Network Sdn Bhd. Lagu ini sudah boleh distrim melalui semua platform digital dan lirik video pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music. - Getaran, 4 Oktober

Gambar: Indigital Music

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN