web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Langkah Baru' Dedah Anak Seni Jana Pendapatan Melalui Hasil Seni Muzik 

'Langkah Baru' adalah sebuah manual untuk kegunaan setiap bakat yang mahu menyertai industri muzik bagi menjana pendapatan secara profesional dan memahami hak serta kepentingan karya dan harta intelek mereka di dalam industri ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 4:20PM

Antara tulang belakang Langkah Baru, Taja Mustapha (kiri) dan Kimmy Khir (kanan)

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih ramai lagi bakat di luar sana yang tidak menggunakan ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara profesional dan mendapatkan keuntungan terus daripada penjualan lagu menerusi karya pemilikan serta harta intelek mereka. 

Hal ini barangkali adalah disebabkan rata-rata mereka ini mempunyai kekurangan kesedaran atau pengetahuan tentang cara membuat duit atau menjana pendapatan. Malah, mereka juga kabur tentang hak pemilikan terhadap harta intelek (karya-karya) mereka.

Permasalahan yang dilihat inilah yang telah mendorong pencipta lagu, pemuzik dan produser muzik Taja Mustapha dan Kimmy Khir, pemilik bersama Archive Capital Sdn Bhd dan Taja Archive Sdn Bhd khusus dalam syarikat penerbitan muzik serta pengurusan penerbitan muzik untuk membangunkan projek Langkah Baru.

Projek berkonsep edutainment yang memfokuskan pembangunan bakat dan pembinaan rangkaian di dalam industri muzik Malaysia ini juga adalah inisiatif Taja Mustapha dan Kimmy Khir bersama rakan-rakan karyawan seni lain seperti Adi Priyo Sambodo@Adi 6ixthsense, Alyph, Prashan Chitty, Joe Lee dan Liza Ramli.

Alyph (kiri) dan Adi (kanan)
Alyph (kiri) dan Adi (kanan)

Menurut Kimmy, projek yang mula dicetuskan pada Disember 2020 diwujudkan selepas menyedari  bahawa masih ramai bakat sedia ada di luar sana yang mempunyai kurang kesedaran dan pengetahuan bahawa bakat dan karya lagu hasil intelek mereka mampu menjadi legasi menserta jana pendapatan menerusi royalti.

“Dari situ, kami mula  menetapkan misi untuk mencari bakat-bakat yang sedia ada di persada muzik tetapi masih belum mencapai status pihak yang berkepentingan (stakeholder) dengan syarikat rakaman, penstriminan digital muzik, badan hak cipta dan badan pelesenan.

“Dengan bantuan rakan-rakan karyawan seni lain, projek ini telah dimulakan dengan proses uji bakat di seluruh Malaysia untuk mencari calon-calon bakat yang sesuai menerusi video penyertaan yang dihantar.

“Proses ini melalui beberapa saringan mengikut kesesuaian yang dicari berdasarkan misi mereka itu dan akhirnya empat kumpulan peserta dari kategori berbeza telah dipilih iaitu artis Indie, artis busker, penghibur acara/majlis kahwin dan pemuzik kelab,” katanya. 

Jelas Kimmy lagi, peserta-peserta yang terpilih ini akan menyertai program edutainment ini dengan modul- modul yang menekankan tiga aspek utama iaitu asas pengetahuan hak cipta, asas produksi muzik dan asas pengendalian bisnes industri muzik.

“Program yang berlangsung selama 13 bulan ini memerlukan peserta-peserta ini menyertai beberapa bengkel modul bermula daripada preproduksi, produksi dan pos produksi.

“Untuk projek ini kita telah berkolaborasi dengan dua syarikat rakaman lokal dan dua syarikat antarabangsa untuk mengedarkan hasil lagu ciptaan dan nyanyian kesemua peserta ini. 

“Mengikut jadual, hasil lagu ciptaan dan nyanyian keempat-empat peserta ini akan mula diedarkan di platform penstriminan muzik digital pada 1 Oktober ini,” katanya. 

 Prashan Chitty, Liza Ramli dan Joe Lee
Prashan Chitty, Liza Ramli dan Joe Lee

Sambung Kimmy lagi, asas kepada program edutainment Langkah Baru ini  ini adalah untuk melengkapkan persiapan dan persediaan bakat kurang komersil kepada industri arus perdana (mainstream).

Modul-modul yang dibina dan dirangka ini sangat relevan dan komprehensif untuk keperluan setiap bakat sebelum melangkah ke industri muzik ini, bahkan ia juga dibina dengan sangat unik kerana menyatukan seluruh industri dalam satu program untuk saling belajar, mengenal dan memahami asas.

“Ia merangkumi perkongsian ilmu tentang industri komersial, proses mencipta lagu, bagaimana kerja-kerja rakaman dilakukan sehinggalah saat bergelar penyanyi rakaman. 

“Malah, kita turut mendedahkan mereka dengan cara memasarkan diri, pemasaran dan penjualan lagu serta pengetahuan tentang harta intelek dan asas hak cipta buat pencipta lagu, pemilik rakaman dan pelaku rakaman.

“Apa yang cuba kami cetuskan ini adalah  untuk memberikan sumbangan kepada industri muzik tanah air menerusi skil, pengalaman dan pengetahuan yang kami ada sepanjang penglibatan dalam industri ini.

“Kami harap projek Langkah Baru ini akan  dapat dijadikan sebuah manual (garis panduan) untuk kegunaan setiap bakat yang mahu menyertai industri muzik ini pada masa sekarang atau akan datang, “ katanya. 

Langkah Baru adalah sebuah projek yang mendapat mandat dan sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik 2020 dengan tujuan untuk mengangkat industri muzik ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Ia turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), badan-badan pelesenan muzik seperti Music Authors’s Copyright Protection (MACP), Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performers Malaysia (RPM) dan rakan industri muzik strategik yang lain.

Gambar:  Archive Capital Sdn Bhd 

Berita Berkaitan

1

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN