Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kmy Kmo & Luca Sickta Pilih Dato’ Jamal Abdillah Selepas Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Kmy Kmo dan Luca Sickta kembali bersama kolaborasi dengan seorang lagi lagenda-- Dato' Jamal Abdillah.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 9:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gandingan duo rapper yang juga komposer, Kmy Kmo dan Luca Sickta dilihat terus mengorak langkah dalam dunia hiburan Malaysia dengan meraih satu demi satu pencapaian yang membanggakan. Hasil kerja dan kualiti yang ditonjolkan dalam setiap karya membuatkan jenama mereka kian kukuh.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai penyanyi mula mengintai untuk mendapatkan khidmat mereka sebagai komposer atau berkolaborasi bersama.

Kejayaan lagu ‘7 Nasihat’ yang menyaksikan mereka bergandingan dengan Dato’ Seri Siti Nurhaliza membuktikan Kmy Kmo dan Luca Sickta tidak boleh dipandang sebelah mata. Malah, kolaborasi mereka bersama Dato’ M.Nasir menerusi  lagu ‘Zuhud’ juga mewujudkan magis tersendiri.

Kini, duo ini tampil pula dengan lagu duet bersama penyanyi legenda, Dato’ Jamal Abdillah berjudul ‘Neraca’.

Bagi Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin berkata, dari awal lagi mereka sudah membayangkan Dato’ Jamal Abdillah menyanyikan lagu itu biarpun berasa agak gusar untuk bekerjasama dengan nama besar itu.

“Ketika Kmy buat rakaman demo lagu ini dia menyanyi dengan suara ala Dato’ Jamal. Malah, dari awal lagi memang sudah pasang niat alangkah menarik jika Dato’ Jamal dapat menyanyikan lagu ini. Alhamdulillah, rezeki kami dan Dato’ Jamal bersetuju.

Awalnya, muzik lain. Tapi, selepas Dato’ Jamal memberikan persetujuan kami terus tukar dan masukkan elemen ghazal. Kami berasakan muzik tradisional ini tidak boleh dilupakan oleh generasi baharu walaupun ia dipersembahkan dalam versi moden. Kalau peminat lama mendengar lagu ini pun, mereka tetap akan mengenali muzik ini.

Sepanjang proses rakaman, Dato’ Jamal sangat mengalu-alukan kami. Kami ingatkan dia seorang legenda yang ‘diva’, tapi jangkaan itu meleset sama sekali. Tidak ada langsung rasa kekok, sebaliknya beliau sangat mudah bekerjasama, profesional dan merendah diri. Sikap yang ditunjukkan itu tidak membuatkan kami rasa takut dan segan,” katanya.

Mengulas tentang pendekatan mereka yang dilihat menggunakan nama-nama besar dalam industri, Luca menjelaskan tiada isu mereka tidak yakin dengan nama mereka sendiri. Tetapi sebagai individu yang membesar dengan lagu-lagu legenda-legenda ini, mereka sangat mengagumi nama-nama besar tersebut dan seterusnya ingin bergandingan dalam satu lagu.

“Siapa yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka ini? Mereka adalah idola kami dan kami membesar dengan mendengar lagu-lagu mereka. Apabila masuk dalam industri ini, kami cuba cari peluang untuk bekerjasama, dan usaha kami ini dipermudahkan dengan adanya penglibatan pihak pengurusan kami Universal Music Malaysia. Bukan kami tidak yakin dengan keupayaan sendiri, tetapi peluang keemasan ini tidak perlu dilepaskan,” ujar Luca.

Sementara itu, Dato’ Jamal pula berpendapat, kolaborasi dengan penyanyi-penyanyi baru amat diperlukan oleh penyanyi lama seperti beliau untuk terus kekal relevan. 

“Bagi saya gandingan seperti ini amat diperlukan oleh penyanyi-penyanyi lama seperti saya untuk kekal relevan dalam industri muzik. Saya tidak kisah kalau ada yang menganggap saya ataupun mereka (Kmy Kmo dan Luca Sickta) menumpang populariti masing-masing. Tidak salah kami bergandingan kerana kita saling memerlukan. Saya tidak kisah berkolaborasi dengan anak-anak muda kerana saya percaya kita perlu mencuba sesuatu yang baru. Apabila mereka berjumpa dengan saya dan sampaikan hasrat untuk berduet dalam lagu ini, saya dengar dahulu lagu mereka. Selepas saya dengar, saya suka dan saya yakin lagu ini ada potensi. Jadi saya pun terima pelawaan mereka,” ujar Jamal. 

Masih mengekalkan genre hip hop dengan gabungan muzik ghazal dan reggae, lagu ‘Neraca’ yang mula dihasilkan sejak 2018 ini boleh dikatakan kesinambungan kepada lagu ‘Zuhud’ yang dilancarkan pada Disember 2019.

“Bagi kami, lagu ‘Neraca’ ini adalah kesinambungan mesej lagu ‘Zuhud’. Jadi dalam lagu ini ia merangkumi keseluruhan dan seimbangkan mengenai kehidupan yang berlaku sekarang. Apatah lagi dalam zaman media sosial, gejala sosial semakin menjadi-jadi.”

Open-minded dijadikan alasan untuk buat masalah. Disebabkan itu, dalam lirik lagu ini kami menyentuh soal Ketuhanan. Malah, dalam video muzik pula mengenai manusia yang terikat dan terleka dengan apa yang ada di atas muka bumi.”

“Cuma apa boleh dikatakan, muzik lagu ini agak berat berbanding ‘Zuhud’. Apa pun, ikut selera pendengar juga. Mungkin ada yang suka dan ada yang sebaliknya,” ujar Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim. 

Berkongsi tentang proses rakaman, duo ini memberitahu ia dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan dan hanya mengambil masa satu jam.

“Ketika proses rakaman, Dato’ Jamal tanya boleh atau tidak jika mahu buat improvisasi pada nyanyian. Mendengarkan pertanyaan itu, kami sebenarnya lebih suka. Jadi, dia buat adlib dan lenggok tersendiri. Sekali dengar lagu ini, sudah tahu itu suara Dato’ Jamal. Cara itu mengingatkan kami kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika rakaman ‘7 Nasihat’ di mana beliau turut bertanya perkara sama,” ujar Kmy Kmo.

Sementara itu, Dato’ Jamal menyifatkan kerjasama dengan Kmy dan Luca adalah satu pengalaman baharu selain menyifatkan kedua mereka sangat berbakat.

“Proses rakaman sangat santai, mudah dan tidak terlalu sukar. Kerja dengan anak muda memang seronok dan mereka berdua sangat berbakat.  

“Begitu juga ketika proses penggambaran video muzik, ia penuh erti yang tersurat yang perlu dihayati. Mesej yang ingin disampaikan agak kuat. Ia berkisar mengenai perjalanan manusia dalam menempuh peredaran masa sebagai manusia biasa. Banyak mesej bagus yang disampaikan.”

“Jadi, harapan saya untuk lagu ini sangat tinggi dan semoga ia diterima oleh pendengar muzik terkini, terdahulu dan ketika zaman saya. Ini kerana lagu ini menggabungkan dua generasi. Melodi dan muzik lagu ini agak unik termasuklah rap yang disampaikan sangat bermakna dan kena hayati,” katanya.

‘Neraca’ kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, Deezer, KKBOX dan YouTube Music. Video muzik rasmi  boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia. - Getaran 24 Februari 2021 

Semua gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Budaya 3 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar