web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Crusher’ Luahan Emosi Jeremy Zucker

Jeremy Zucker Bercerita Mengenai Album ‘Crusher’ yang bakal menemui peminat 1 Oktober ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 8:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal dengan beberapa lagu hit seperti ‘This Is How You Fall In Love’, ‘Comethru’ dan kolaborasi muzik bersama Chelsea Cutler, penyanyi Jeremy Zucker bakal lahirkan album keduanya, Crusher tidak lama lagi.

Menurutnya album terbaharu ini  bakal menampilkan versi dirinya yang lebih jujur.

“Album ini seakan pembebasan daripada segala kesedihan yang saya lalui. 

“Ia juga medium luahan emosi termasuk kemarahan yang sudah lama dipendam. Inilah peluang saya untuk memberi definisi baharu buat diri saya,” jelas Jeremy. 

Dalam sesi sidang media baru-baru ini, Jeremy sempat berkongsi mengenai album Crusher, kolaborasi muziknya bersama penyanyi Keshi dan beberapa perkara lain.

Anda pernah dibohongi dan dikhianati. Jadi, adakah album ini satu karya pembalasan dendam buat mereka yang menyakiti anda?

Ya betul. Dalam album sebelum ini saya menulis lagu-lagu yang sedih. Saya seorang yang terlalu empatetik sehingga selalu dipijak orang. Dulu saya selalu mempersoalkan kenapa saya berasa begitu. Adakah saya terlalu sensitif dan dramatik?

Dalam album ini pula, ia seperti satu pengakuan bahawa saya tidak dilayan dengan baik dan selalu dianiaya orang. Meskipun ia ungkapan kemarahan, tetapi saya tidak berniat untuk menyakiti sesiapa kerana inilah cara saya untuk memproses emosi. Sebaik sahaja saya meluahkannya, saya rasa lega seperti satu beban besar telah hilang. 

Di samping itu, album ini juga menggabungkan elemen melankolik dan kata-kata positif.

Bagaimana proses keseluruhan berkolaborasi bersama Keshi? 

Sebelum berkolaborasi dengan sesiapa pun saya akan menyelesaikan karya tersebut terlebih dahulu kerana tidak tahu bagaimana orang itu bekerja. 

Sebenarnya, lagu ini sudah lama saya usahakan tetapi tidak tahu bagaimana mahu mengakhirinya. Justeru itu, saya sangat bersyukur dapat bekerjasama dengan Keshi kerana dia telah memberi perisa kepada lagu yang bakal dikeluarkan ini.

Saya tahu lagu ini bakal mengejutkan banyak pihak kerana berbunyi sedikit suram dan lembut berbandingkan karya terdahulu saya. Ia dimulakan dengan petikan akustik dan mempunyai mood seram namun bertukar menjadi gembira. 

Adakah mudah menghasilkan album ini ketika lockdown?

Terus-terang, pada mulanya agak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan norma baharu. Saya rasa empat hingga lima bulan saya mengalami ‘creative block’ sehingga susah untuk mendapat mood dan feel bagi menulis apa-apa berunsur positif. 

Semua lagu yang dihasilkan dalam tempoh ini bunyinya lebih kurang sama. Apabila hantar kepada pihak pengurusan, mereka berpendapat ia sama seperti karya-karya sebelum ini dan tidak ada apa yang menarik. 

Untuk elak menghasilkan album yang sama berulang kali, saya menggunakan tempoh ini untuk mengenali diri sendiri dengan lebih dalam. Saya fikir ia salah satu cara untuk mendapatkan ilham bagi memperbaiki perspektif saya terhadap dunia ini. 

Apakah inspirasi disebalik single terbaharu, ‘Cry With You’?

Lagu ini sebenarnya cukup personal dan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Pada masa itu, saya dalam proses menghasilkan lagu baharu di East Coast. Manakala rakan saya, Lauren yang tinggal di California pula melalui fasa sedih dan kerap menelefon saya. 

Walaupun saya cuba menceriakan harinya, sangat sukar untuk melakukannya dari jauh. Ada masa saya buntu tak tahu nak buat apa lagi. Saya beritahu dia jika saya tidak dapat berada di sisinya, apa yang boleh saya buat adalah menangis bersamanya. Jadi, terhasillah lagu ini. 

Jeremy tidak ketinggalan berkongsi dia bakal mengadakan konsert jelajah More Noise di Amerika Utara dalam masa terdekat. 

Para peminat juga boleh membuat tempahan awal album Crusher secara atas talian melalui laman web rasmi Jeremy Zucker. - Getaran, 22 September

Semua gambar: Universal Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN