web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'We Live To Give' Sarat Mesej Buat Rakyat Malaysia 

Projek kolaborasi The Giving Bank dan Universal Music Malaysia ini dijayakan Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana serta menampilkan Simon Webbe dan Asyraf Nasir.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 5:36PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai berdepan kesukaran untuk hidup setelah dunia diuji pandemik COVID-19. Menyedari hakikat ini, Universal Music Malaysia telah melancarkan lagu 'We Live To Give' (Kita Hidup Untuk Memberi).

Projek We Live To Get yang merupakan kolaborasi antara The Giving Bank dan Universal Music Malaysia ini dijayakan Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana serta menampilkan Simon Webbe dan Asyraf Nasir.

Tujuannya adalah untuk menyuntik kesedaran orang ramai agar sentiasa memberi harapan dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di Malaysia. 

Penceritaan lagu ini membawa pesanan tulus yang mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik.

Kata Simon Webbe, memberi melangkau jauh daripada nilai wang yang diberi, ia juga boleh dilakukan melalui mesej positif yang mengingatkan kita bagaimana membantu orang lain boleh menaikkan semangat dan meringankan beban mereka.

"Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana dengan cara itu kita dapat mempengaruhi lebih banyak kehidupan dan melakukan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif," kata Diana Danielle pula.

“Saya sangat gembira dapat mengalunkan lagu We Live To Give bersama artis-artis luar biasa ini bagi sebuah projek yang membawakan mesej penting ini pada masa genting seperti ini," kata Athalia.  

Shalma Eliana berkata, naratif utama lagu ini adalah untuk memberi kasih sayang, hormat, harapan dan masa yang mana ia diterjemahkan semula terhadap usaha kita dan bagaimana untuk memberi semula kepada rakyat. 

Bagi Asyraf Nasir pula, 'We Live To Give' adalah lagu pemangkin semangat serta peringatan buat semua agar lebih prihatin menghulurkan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan. 

Dengan The Giving Bank menjadi salah satu saluran yang dipercayai Universal Music Malaysia, objektif projek ini adalah untuk mewujudkan mesej mengenai pentingnya memberi keselesaan dan sokongan untuk memperkuat daya ketahanan masyarakat.

Pengasas dan Presiden The Giving Bank, Dr Janson berkata, pihaknya sudah lama memasang impian untuk memiliki lagu yang sesuai bagi menggambarkan misi dan visi mereka dalam membina hari esok yang lebih baik. 

“Saya sudah dapat membayangkan ianya dinyanyikan di seluruh dunia,” katanya. 

Untuk memperluaskan mesej We Live to Give, dua stesen radio Astro Inggeris tempatan iaitu HITZ FM dan MIX FM akan memutarkan karya ini sebagai lagu rasmi untuk kempen amal mereka. - Getaran, 16 September 2021

Photos: Universal Music Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN