web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Solar Power’ Cara Lorde Menikmati Alam

Selepas empat tahun, Lorde mengejutkan peminatnya dengan album 'Solar Power' yang menceritakan tentang alam sekitar dan fasa perubahan hidupnya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 2:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemenang Anugerah Grammy, Ella Marija Lani Yelich-O’Connor atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Lorde telah membuktikan bahawa usia muda bukan ukuran bakat seseorang. 

Dia merupakan salah seorang artis yang telah mencipta fenomena di seluruh dunia malah karyanya  sering mendapat pujian dan diingati orang ramai termasuk para pemuzik lain. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa pemenang Grammy ini mempunyai bakat yang luar biasa dalam penulisan dan susunan muzik. 

Setelah empat tahun menghilang diri dari radar dunia hiburan dan media sosial, Lorde kini kembali dengan taruhan baharunya berjudul Solar Power yang menceritakan tentang alam sekitar dan fasa perubahan hidupnya.

“Album ini sangat berbeza dengan karya saya terdahulu. Saya ingin meningkatkan kesedaran tentang isu pencemaran alam dan pertukaran iklim yang kini semakin tenat.

“Saya mula berfikir bagaimana bezanya dunia ini nanti untuk anak saya jika kita tidak menjaga alam sekitar. Ia telah membuat saya bertanya beberapa persoalan mengenai masa depan.

“Bila kita fikirkan tentang pencemaran alam secara global, rasanya terlalu sukar buat seseorang individu untuk memperbaiki keadaan sendiri. Justeru itu, ia memerlukan penelitian bersama untuk menangani isu ini secara menyeluruh. 

“Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita hidup. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita bertimbang rasa dan sayangkan bumi? 

“Gambaran album ini adalah usaha saya untuk mengabadikan perasaan menikmati suasana alam yang dikurniakan tuhan. Ketika Berasa sakit hati, sedih, atau bingung, saya akan selalu melihat alam sekitar untuk mencari jawapan dan mengubati hati," katanya.

Mengulas lanjut, Lorde berkata album terbaharu ini menunjukkan dirinya telah mengalami perubahan. 

“Album ini turut menunjukkan siapa saya sebagai Lorde dan Ella. Saya telah melalui pelbagai perubahan dari usia remaja hinggalah sekarang dan mahu menceritakan bahagian besar ini kepada pendengar.

“Saya cuba untuk sentiasa tampil dengan muzik baharu. Saya fikir itulah cara untuk buat peminat rasa teruja apabila jadi seseorang yang sukar diramal. Mungkin album selepas ini juga akan mempunyai bunyi dan rentak muzik yang berbeza,” tambahnya.

Penyanyi ini juga sempat berkongsi mengenai single kegemarannya ‘Mood Ring’ dan ‘Oceanic Feeling’  yang dimuatkan dalam album ini.  

“Bagi saya album ini menjadi tanda aras kematangan saya sebagai artis. ‘Oceanic Feeling’ ditulis bukan sahaja mengenai kehidupan saya dan keluarga di New Zealand tapi juga apa yang saya mahukan untuk anak-anak saya nanti. Lagu ini mempunyai tempat istimewa di hati saya kerana terlalu personal.

“‘Mood Ring’ pula lebih kepada lagu kesejahteraan. Ketika menulis lagu ini saya memikirkan tentang apa yang sering dilakukan bersama rakan-rakan karib seperti menyimpan kristal, menyalakan sej, membaca horoskop dan cara sihat untuk berhubung dalam dunia moden ini,” ujarnya.

Untuk pengetahuan semua, Lorde tidak mengeluarkan CD fizikal bagi album ini setelah menilai situasi perubahan iklim dan cap kaki karbon. Jadi para peminat boleh dapatkan koleksi vinil atau kotak muzik eksklusif di laman webnya. 

Kotak muzik ini adalah penawaran inovatif yang dianggap sebagai alternatif kepada CD. Ia mengandungi kandungan nota tulisan tangan Lorde, foto eksklusif, visual tambahan dan kad muat turun album ini. Jadi. dengan ini pembeli bukan sahaja dapat memuat turun muzik tapi juga dua trek bonus dan akses kejutan istimewa oleh Lorde.

Lorde juga tidak ketinggalan berkongsi dia bakal mengumumkan konsert jelajah seluruh dunia.

“Diharap saya dapat mengadakan konsert jelajah dengan selamat tahun hadapan. Apapun, saya perlu lihat keadaan terlebih dahulu kerana amat mementingkan keselamatan peminat yang sudah saya anggap seperti anak sendiri," katanya. 

Album Solar Power yang memuatkan 12 lagu boleh didengar di semua platform muzik seperti Spotify, Apple Music, iTunes dan lain-lain. Untuk mengetahui perkembangan terkini Lorde, anda boleh melayari laman web rasminya, di Instagram atau Twitter. - Getaran, 25 Ogos 2021

Semua gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

TARA 3 tahun yang lalu

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah Dalam Belagu II

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN