web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 68 Tahun, Tahanan Tertua Juvana Akhirnya Dibebaskan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 3:04PM

Joe Ligon - Gambar CNN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENNSYLVANIA - Joe Ligon, 83 tahun, yang dipercayai banduan paling tua dan paling lama menjalani hukuman penjara juvana di Amerika Syarikat, akhirnya dibebaskan daripada selepas 68 tahun.

Dia dimasukkan ke penjara ketika berusia 15 tahun, pada Februari 1953. Ligon kemudiannya dihukum penjara mandatori seumur hidup selepas mengaku salah atas tuduhan terlibat dalam rompakan bersama empat remaja lain di Philadelphia.

Dalam kejadian itu, enam orang cedera manakala dua lagi, yang dikenali sebagai  Charles Pitts dan Jackson Hamm telah meninggal dunia

''Saya telah tua. Saya bukan budak lagi. Bukan hanya tua malah orang tua yang semakin tua setiap hari.

''Saya terperangkap, kerana berada di jalan raya," kata Ligon kepada CNN setelah dibebaskan minggu lalu.

Dalam pada itu, peguam Ligon, Bradley Bridge yang mewakili anak guamnya sejak 15 tahun lalu berkata, walaupun ketika perbicaraan mahkamah mendapati Ligon bersalah atas dua tuduhan pembunuhan dan dia juga mengaku menikam sekurang-kurangnya seorang daripada lapan orang yang ditikam pada hari kejadian, namun Ligon tetap mempertahankan bahawa dia tidak membunuh sesiapa pun.

''Remaja yang melakukan kesalahan pada 1953 tidak lagi wujud. Individu ini telah dibebaskan dari penjara pada 2021, di usia 83 tahun, dan telah tua, telah berubah serta bukan lagi ancaman,'' kata Bridge yang berpendapat hukuman seumur hidup mandatori untuk jenayah yang dilakukan Ligon sebagai remaja ketika itu adalah tidak berpelembagaan.

Ligon menolak tawaran pembebasan bersyarat pada 2017, setelah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan Ligon layak untuk menerima parol. Dia menolaknya dengan menyatakan pembebasan bersyarat tidak akan memberikannya kebebasan yang diinginkan setelah berpuluh-puluh tahun dipenjarakan.

Kini selepas dibebaskan, Ligon mahu kembali semula ke dalam masyarakat. - CNN

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran