web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Bunuh Isteri Kerana Tamakkan Wang

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 4:53PM

Gambar terakhir Hakan dan Semra sebelum wanita itu maut - Gambar Dailymail.co.uk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TURKI – Seorang lelaki tempatan didakwa membunuh isterinya yang sarat mengandung dengan menolaknya dari puncak gunung, beberapa jam selepas merakamkan gambar romantik mereka berdua.

Menurut pihak pendakwaan, Hakan Aysal, 40, melakukan perbuatan itu kerana ingin mendapatkan wang insuran isterinya, Semra Aysal, 32, berjumlah lebih RM229,000.

Bagaimanapun, Hakan, yang dinamakan sebagai penama insurans itu gagal menuntut wang berkenaan selepas disiasat atas pembunuhan berkenaan.

Berikutan itu, mahkamah memutuskan Hakan direman bagi siasatan atas tuduhan melakukan pembunuhan terancang. Hakan menafikan tertuduh terbabit.

Dalam pada itu, dalam sesi soal jawab menerusi video, adik lelaki mangsa, Naim Yolcu, memberitahu mahkamah:

“Semasa kami ke Institut Perubatan Forensik untuk menuntut mayat, Hakan hanya duduk di dalam kereta. Kami sekeluarga sangat bersedih, tetapi Hakan tidak menunjukkan rasa sedih pun.”

“Kakak saya sentiasa enggan mengambil apa-apa pinjaman, namun selepas kematiannya, kami mendapati Hakan telah membuat tiga pinjaman bagi pihak kakak saya.

“Kakak saya saya juga takut pada ketinggian,” katanya.

Semasa ditanya mengenai premium insurans yang diambilnya, Hakan berkata, dia meminati sukan ekstrim sejak 2014 meliputi payung terjun, bungee jumping dan berakit. Sebab itu saya mengambil insurans sebelum kahwin.

Hakan yang ditanya mengenai statusnya sebagai penama bagi insuran Semra berkata, dia tidak meneliti polisi terbabit kerana ia disediakan oleh pihak bank.

Dia hanya memberikan polisi terbabit kepada isterinya untuk ditandatangani.

Jelasnya, selepas merakamkan gambar isterinya, wanita itu telah menyimpan telefon bimbit tersebut ke dalam beg.

''Dia meminta saya memberi telefon bimbit itu kepadanya. Saya bangun dan kemudian mendengar jeritan isteri saya. Bila saya toleh ke belakang, dia sudah hilang. Saya tidak menolaknya,'' katanya. - Dailymail.co.uk

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad