web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi Indonesia Berkembang Buat Kali Pertama Dalam 5 Suku

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 5:35PM

Penjualan kereta dan motosikal yang melonjak naik menyumbang kepada perkembangan ekonomi Indonesia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Ekonomi Indonesia bangkit kembali pada suku kedua di mana ia merekodkan pertumbuhan buat kali pertama sepanjang satu tahun lalu, namun penganalisa berpendapat bahawa pemulihan ini mungkin tidak dapat bertahan lama dek kenaikan kes COVID-19.

Menurut Badan Pusat Statistik (BPS), pertumbuhan yang dialami oleh ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu adalah setinggi 7.07 peratus pada suku April-Jun tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Angka tersebut, lebih tinggi daripada ramalan dari Bank Indonesia, yang menjangka pertumbuhan sebanyak 6.75 peratus.

Perkembangan yang positif sejak lima suku lalu tersebut didorong oleh peningkatan eksport dan import kerana negara rakan dagangan Indonesia juga mengalami kerancakan perdagangan yang serupa.

“Untuk ekonomi terus berkembang, kunci-kuncinya adalah pengurusan sektor kesihatan, pematuhan protokol kesihatan, pemvaksinan rakyat agar mencapai imuniti kelompok,” kata Ketua BPS, Margo Yuwono dalam satu sidang media.

Penggunaan domestik turut menyumbang kepada pertumbuhan kali ini, di mana penjualan kereta dan motosikal melonjak, dengan nilai masing-masing, ke 2.5 dan 7.5 peratus.

Aktiviti perniagaan yang kian pesat serta pergerakan orang awam yang semakin rancak kerana pelonggaran sekatan pergerakan juga menyumbang kepada pemulihan ekonomi Indonesia, tambah Yuwono.

Bagaimanapun, penganalisa ekonomi berpendapat bahawa sukar untuk negara itu mengekalkan prestasi positif itu tatkala Indonesia sedang mengalami peningkatan kes akibat kemunculan varian Delta COVID-19.

“Ekonomi Indonesia sedang bergelut teruk, dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua menunjukkan bahawa pemulihan tersebut telah hilang momentum sebelum lonjakan kes jangkitan yang terkini,” kata pakar ekonomi kanan Capital Economics, Gareth Leather.

Indonesia telah melaporkan lebih dari 3.5 juta kes jangkitan serta jumlah kematian yang melebihi 100,000 gara-gara COVID-19 namun begitu, ramai yang percaya bahawa statistik yang sebenar adalah lebih tinggi daripada apa yang diumumkan.

Negara itu tidak pernah menguatkuasakan perintah berkurung sepenuhnya tetapi hanya melaksanakan sekatan pergerakan pada awal Julai yang membabitkan aktiviti pelancongan dan perniagaan bukan-keperluan.

Pada tahun lalu, ekonomi negara itu menguncup sebanyak 2.07 peratus ketika ia mengalami kemelesetan ekonomi yang pertama sejak Krisis Kewangan Asia pada 1997.

Baru-baru ini Bank Indonesia ramalan pertumbuhan KDNK untuk tahun 2021 pada kadar 3.5 hingga 4.3 peratus. - AFP.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar