Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bezos Bersama 3 Lagi Penumpang Berlepas Ke Angkasa Lepas

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 7:12PM

Bezos bersama penumpang yang lain terapung dalam kapal angkasa New Shepard selepas melintasi garisan angkasa lepas. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Individu terkaya di dunia Jeff Bezos meluangkan masa beberapa minit di luar atmosfera Bumi dalam misi pertama Blue Origin untuk mempromosikan sektor pelancongan angkasa lepas yang sebelum ini bertahun tergendala.

Dalam perjalanan 10-minit dari pangkalan yang terletak di barat Texas hingga melepasi garisan Karman, iaitu iaitu sempadan yang diiktiraf sebagai tanda permulaan ruang angkasa, berlangsung tanpa masalah bersama empat angkasawan baharu termasuk yang tertua dan termuda

Bezos berkata kemudian yang seperti mana mereka yang pernah ke angkasa sebelumnya beliau “kagum dengan Bumi dan keindahannya tetapi juga kerapuhannya”.

“Menyedari perkara ini secara intelektual adalah satu hal, tetapi melihatnya dengan mata sendiri adalah perkara yang berbeza,” tambahnya.

Pengasas Virgin Galactic Richard Branson melintasi garisan terakhir angkasa pada 11 Julai, mengalahkan bekas ketua pegawai eksekutif Amazon itu dengan tipis dalam perlumbaan hartawan ke angkasa lepas.

Kapal angkasa New Shepard yang membawa Bezos, 57, dan peserta lain berlepas daripada tapak pelepasan satu Blue Origin pada jam 8.12 pagi

Bersama Bezos dalam penerbangan ini adalah adiknya Mark, pakar penerbangan wanita, Wally Funk, 82, dan remaja berusia 18 tahun dari Belanda Oliver Daemen.

Funk dan Daemen masing-masing menjadi individu tertua dan termuda digelar angkasawan.

Kekosongan terbuka untuk Daemen turut serta dalam penerbangan ini selepas pemenang lelongan yang membuat bidaan US$28 juta, yang identitinya dirahsiakan, terpaksa menangguhkan penyertaannya kerana ‘konflik penjadualan’.

Daemen menggantikan ayahnya, yang membuat bidaan kedua tertinggi, dan secara tidak langsung menjadikan dia pelanggan pertama Blue Origin.

New Shepard memasuki ruang angkasa dengan kelajuan melebihi 3,700 ks/j menggunakan enjin yang di pacu oleh hidrogen dan oksigen cair.

Kapsul utama kemudiannya terpisah daripada penggalak, dan bila mencapai ketinggian yang cukup untuk para angkasawan membuka tali pinggang keledar untuk mengalami keadaan hampir sifar graviti selama tiga hingga empat minit.

Rakaman menunjukkan aksi mereka terbalik dan Daemen menyambut Skittles yang dibaling, ketika kapsul capai altitud tertinggi 107 kilometer.

“Kami seronok. Penjelajahan ini sangat mengagumkan,” kata Funk yang menerima latihan sebagai angkasawan namun dinafikan peluang ke angkasa kerana isu jantina.

Deamen pula berkata, “saya mahu pergi lagi.” - AFP

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Tiga Pemimpin Teknologi Utama Dunia Ini Terlibat Kes Saman Menyaman, Siapa Mereka? 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hartawan Richard Branson Capai Impian Ke Angkasa Lepas

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Bezos Undur Diri Dari Amazon Tahun Ini

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 11 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran