web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hartawan Richard Branson Capai Impian Ke Angkasa Lepas

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 11:01AM

Branson disambut ketika dia tiba di Spaceport America sebelum berlepas ke angkasa lepas, berhampiran Truth or Consequences, New Mexico, 11 Julai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMERIKA SYARIKAT - Hartawan Britain Richard Branson terbang ke angkasa lepas menaiki kapal Virgin Galactic, penerbangan yang digambarkan beliau sebagai “pengalaman seumur hidup” dan dia berharap ia sebagai pemangkin kepada era pelancongan angkasa lepas yang lumayan.

Kejayaan misi ini bermaksud Branson berjaya ke angkasa lepas sebelum bekas ketua pegawai eksekutif Amazon Jeff Bezos, yang juga pemilik syarikat angkasa lepas Blue Origin yang akan berlepas pada 20 Julai.

“Saya telah mengimpikan tentang saat ini sejak kecil lagi, tetapi jujurnya tiada apa yang boleh menyediakan kita untuk pemandangan bumi dari angkasa lepas,” kata Branson, ketika majlis pasca-penerbangan di mana beliau dan rakan kru menerima sayap angkasawan.

Branson, tiga penumpang yang lain dan dua juruterbang (semua pekerja Virgin) melepasi sempadan ruang angkasa yang diiktiraf Amerika Syarikat (AS), mencapai ketinggian 86 kilometer (km) dan mengalami kenirberatan untuk beberapa minit di atas VSS Unity.

Kapal angkasa itu kemudian merendahkan sayapnya dan meluncur ke bumi, lebih kurang sejam selepas ia berlepas sambil melekat pada perut kapal terbang besar yang naik ke ketinggian 15km sebelum melepaskan muatannya.

Kapal Unity yang dipacu roket itu mencapai kelajuan maksima Mach 3 ketika menuju ke angkasa lepas.

“Tahniah kepada pasukan Virgin Galactic untuk kerja keras mereka selama 17 tahun yang telah membawa kita sejauh ini,” kata Branson, memanggil ia “pengalaman seumur hidup”. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 tahun yang lalu

Bezos Bersama 3 Lagi Penumpang Berlepas Ke Angkasa Lepas

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad