web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beli Rumah Lelong Serendah RM4.90 Di Biccari, Itali

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 12:37PM

Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gianfilippo Mignogna, yang merupakan Datuk Bandar di sebuah kawasan di Itali, tidak menyangka inisiatif beliau untuk menjual rumah-rumah di bandar sunyi di bawah pentadbirannya itu dengan harga yang lebih murah dari harga kereta terpakai, mendapat sambutan hangat.

Mignogna, mencadangkan rumah-rumah di Biccari dijual bertujuan memeriahkan semula bandar tersebut yang kian lengang dek penyusutan mendadak populasinya.

Biccari hanya mempunyai 2,000 penduduk sahaja.

Rumah-rumah yang sedia untuk didiami di sana dijual pada harga serendah RM36,747 manakala rumah yang usang pula dilelong pada harga RM4.90.

“Saya dibanjiri permohonan. Dapat lebih kurang 20,000 emel dari seluruh dunia.

“Ramai menghantar surat-surat yang menyentuh hati dan menjelaskan sebab mahu membeli rumah serta menjadi sebahagian daripada komuniti di Biccari.

“Malah, ada juga yang siap hantar gambar mereka,” kata Gianfilippo kepada agensi berita CNN.

Menurutnya, permohonan itu diterimanya selepas cadangan menjual rumah pada harga rendah itu disiarkan oleh CNN Travel.

Fenomena penyusutan penduduk serta penjualan rumah dengan kadar yang murah adalah satu trend yang rancak berlaku di beberapa bandar dan kampung-kampung di Itali.

Penulis, tukang masak, saintis, doktor dan pembuat filem, kata Gianfilippo, adalah antara individu yang berminat untuk menetap di Biccari.

“Jualan ini seolah-olah menjadi satu magnet yang menarik orang ramai untuk berpindah ke Itali. Ramai yang datang sini untuk melawat rumah-rumah tersebut (di Biccari),” tambah Gianfilippo. –  CNN

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar