web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Meletup, Gegarkan Lapangan Terbang, Hospital Di Bangkok

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 4:48PM

Kelihatan kepulan asap daripada letupan di kilang plastik di Bangkok pada 5 Julai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Letupan besar yang berlaku di kilang pembuatan busa dan palet plastik di pinggir Bangkok pagi ini telah menggegarkan beberapa bangunan berdekatan, termasuk terminal Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Hospital Chularat 9.

Sekurang-kurangnya 20 orang cedera dan ratusan lagi terpaksa dipindahkan, termasuk lebih 100 pesakit di unit rawatan rapi serta pesakit COVID-19 di hospital berkenaan.

Kebakaran yang berlaku pada waktu 2.50 pagi (waktu tempatan) di kilang di daerah Bang Phli, wilayah Samut Prakan itu turut menyebabkan bangunan dan rumah berdekatan mengalami kerosakan. Kepulan asap hitam turut kelihatan.

Mangsa yang cedera termasuk lima sukarelawan, manakala 70 rumah dan 15 kenderaan mengalami kerosakan.

Ketua Pencegahan dan Pengurangan Bencana Daerah Bang Phli, Somsak Kaewsena berkata penduduk yang menetap dalam jarak lima kilometer diarahkan berpindah.

Bangkok Post melaporkan kilang itu mempunyai kira-kira lima atau enam gudang yang menyimpan 50 tan bahan kimia.

Letupan itu menggegarkan bangunan terminal di Lapangan Terbang Suvarnabhumi namun operasinya berjalan seperti biasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad