web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


20 Orang Dikhuatiri Maut, Selepas Kediaman Dilanda Tanah Runtuh

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 10:07AM

Pasukan penyelamat menjalankan gerakan mencari dan menyelamat 20 mangsa yang masih hilang di Atami, Jepun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ATAMI - Sekurang-kurangnya 20 orang hilang manakala dua lagi maut selepas hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di Atami pada Sabtu.

Kejadian itu turut menghanyutkan rumah dan menutup jalan masuk ke bandar peranginan berkenaan yang terletak kira-kira 60 batu di barat daya Tokyo.

Anggota polis, bomba dan tentera telah memulakan usaha mencari dan menyelamat di sekitar bandar manakala pengawal pantai turut dipanggil untuk membantu.

Seorang pegawai yang bertanggungjawab dalam gerakan mencari ini berkata nasib 20 yang hilang ini tidak diketahui.

''Kira-kira 2,800 rumah di Atami tidak mempunyai bekalan elektrik sehingga tengahari semalam,'' kata syarikat Tenaga Elektrik Tokyo.

Dalam pada itu, video yang dimuatnaik dalam Twitter menunjukkan air berwarna hitam bercampur tanah dan pasir mengalir deras dari puncak gunung sekitar pukul 10:30 pagi di Atami.

Atami, merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan sumber air panas semula jadi.

Sebelum ini amaran telah dikeluarkan kepada penduduk untuk berjaga-jaga daripada keadaan 'mengancam nyawa' selepas dilanda hujan dengan taburan 12.4 inci dalam masa 48 jam, iaitu 30 peratus lebih banyak daripada purata hujan untuk keseluruhan bulan Julai.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Sakae Saito berkata, kira-kira 300 isi rumah terlibat dengan tanah runtuh ini.

Sementara Perdana Menteri, Yoshihide Suga pula telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan anggota Kabinetnya dan mengarahkan supaya bantuan dijalankan.

Beliau juga meminta orang awam bersedia sekiranya diminta berpindah serta mengambil langkah untuk menyelamatkan diri. - Kyodo News

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad