web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia: Hanya Penerima Vaksin Dibenarkan Merentasi Provinsi

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 1:48PM

Keadaan di Jakarta, yang melaksanakan sekatan pergerakan mulai hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pemerintah Indonesia menetapkan peraturan bahawa hanya mereka yang sekurang-kurangnya telah menerima dos pertama vaksin dibenarkan melakukan perjalanan jarak jauh atau merentas provinsi.

Berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19, peraturan keperluan vaksin itu dikuatkuasakan untuk perjalanan menggunakan semua jenis pengangkutan, di Pulau Jawa dan Bali dan ia berkuatkuasa hingga 30 Julai.

Syarat itu termaktub dalam pekeliling yang disiarkan Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi berkenaan panduan aktiviti masyarakat bagi tempoh Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat.

Selain itu, bagi yang menggunakan pesawat udara, mereka juga diwajibkan menjalani swab test atau PCR, manakala mereka yang menggunakan pengangkutan darat termasuk kenderaan peribadi, diwajib melakukan antigen test sebelum merentas provinsi.

Pada Khamis (1 Julai), Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan pelaksanaan PPKM Darurat bagi menangani lonjakan kes COVID-19 di Pulau Jawa dan Bali.

Antara peraturan yang dikenakan adalah penutupan pusat-pusat membeli belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor non essential, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restoren, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup.

Peningkatan kes baharu sejak dua minggu terakhir ini dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan varian Delta yang lebih cepat menular.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat semalam, kes positif keseluruhan di Indonesia kini meningkat kepada 2,228,938 manakala jumlah kematian kini berjumlah 59,534 orang.

Semalam, kes positif baharu dicatatkan sebanyak 25,830 kes, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.           Setakat ini, lebih 30.8 juta orang telah menerima dos pertama vaksin, manakala lebih 13.7 juta juga telah diberikan dos kedua. - Bernama   

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad