web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penutupan Bersasar Dicadang Di Bangkok Akibat Peningkatan Kes COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 8:36AM

DDC mencadangkan sekatan pergerakan bersasar di kawasan berisiko tinggi di Bangkok akibat peningkatan kes COVID-19. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Thailand mencadangkan agar sekatan pergerakan bersasar dikenakan di kawasan berisiko tinggi di Bangkok susulan peningkatan kes COVID-19 di bandar raya itu. 

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, DDC mengesyorkan penutupan bersasar di kawasan dengan jumlah kes COVID-19 yang tinggi.

Jelas beliau langkah itu sebaliknya boleh mencetuskan lagi penularan jangkitan yang lebih luas.

Katanya, sebagai contoh sekatan pergerakan penuh yang dikuatkuasakan di wilayah Yala, selatan Thailand menyaksikan penduduk tempatan menyusup ke wilayah berdekatan menyebabkan berlaku penularan jangkitan ke wilayah jiran.

“Penutupan penuh di sesebuah wilayah mungkin tidak diperlukan, selain dilihat sebagai bukan langkah yang sesuai untuk mengawal kewujudan kluster," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini, semalam.

Dr Apisamai berkata kurangnya kerjasama di bawah inisiatif 'gelembung dan tutup' terutama di kem pekerja pembinaan dan kilang menyebabkan jangkitan merebak ke ibu negara. 

Inisiatif "gelembung dan tutup" berjaya mengurangkan jumlah kes dalam tempoh 28 hari di Samut Sakhon tetapi di Bangkok pelaksanaan langkah itu tidak berhasil. 

"Ketika kem pekerja pembinaan ditutup, pekerja menyelinap keluar dan menyebabkan muncul lebih banyak kluster jangkitan dalam masyarakat," katanya.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Bangkok terus mencatat kes tertinggi dengan tambahan 1,142 kes. Sehingga kini, terdapat 107 kluster,” katanya. 

Thailand mengesan 644 kes baharu COVID-19 dan 44 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara sebanyak 236,291 dan 1,819 kematian.

Daripada kes baharu, 3,613 adalah jangkitan tempatan dan 31 kes import termasuk 17 warga Thailand yang kembali secara haram dari Kemboja.

Korban terbaharu pula melibatkan 26 lelaki dan 18 wanita berusia antara 29 hingga 92 tahun, termasuk seorang warga Myanmar dan seorang warga Laos.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan semua kem pekerja binaan di Bangkok dan wilayah berdekatan ditutup selama sebulan mulai Isnin. 

Selain itu, sekatan pergerakan turut akan dikuat kuasa di empat wilayah selatan - Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, kata Prayuth.

Katanya, kerajaan mengenakan sekatan pergerakan bersasar di Bangkok dan wilayah selatan kerana kedua-dua kawasan itu kini dilanda gelombang baharu wabak.

"Kementerian Buruh akan menjaga kebajikan semua warga Thailand dan pekerja migran yang terjejas," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya perincian mengenai langkah pencegahan baharu akan diumumkan dalam masa terdekat. 

Berikutan lonjakan kes COVID-19 di Bangkok, hospital menghadapi kekurangan katil dan menggesa sekatan pergerakan dikenakan selama tujuh hari.

Sejak 24 jam lalu, Bangkok kekal di tangga teratas dengan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 1,142 kes. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad