web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rain Vortex Jadi Tarikan Utama Di Lapangan Terbang Changi

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 11:55AM

Rain Vortex setinggi 40 meter ini menjadi tarikan di Jewel Changi Airport, Singapura. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pancuran air 'Rain Vortex' setinggi 40 meter dan taman tertutup 5 tingkat yang dihiasi dengan 2,500 pokok serta 100,000 pokok renek menjadi tarikan utama pengunjung di Jewel Changi Airport, Singapura.

Air berkenaan akan menjalani proses pembersihan menyeluruh secara berkala, mengikut peraturan yang ditetapkan.

Ketika proses pembersihan dijalankan Rain Vortex tidak dapat digunakan sehingga seminggu dan ia bagi memastikan air memenuhi had kualiti yang selamat.

Bukan itu sahaja, sampel air juga akan dibawa ke makmal untuk diuji secara berkala.

Rain Vortex ini terletak bersebelahan Terminal 1 di Lapangan Terbang Changi dan dihubungkan menerusi travelator berhawa dingin.

Kompleks berkenaan yang mengandungi hotel, 300 cawangan peruncitan, kedai makan dan kemudahan daftar masuk bagasi awal, menelan kos $1.7 bilion. Ia merupakan pelaburan untuk masa depan Lapangan Terbang Changi.

Pada 14 Jun lalu, ia dibuka semula dengan protokol kesihatan yang ketat selepas ditutup pada13 Mei lalu bagi mengawal penularan virus COVID-19.

Sebelum ini ia dijadualkan dibuka semula pada 27 Mei namun terpaksa ditunda oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) sebagai langkah tambahan membendung COVID-19. - Straits Times Singapore

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad