web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangunan Kediaman 12 Tingkat Runtuh Di Miami, Seorang Maut, 99 Hilang

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 9:02AM

Sebahagian sisa runtuhan bangunan kediaman 12 tingkat yang runtuh di Utara Miami, mengakibat seorang maut manakala 99 lagi hilang. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekurang-kurangnya seorang maut manakala puluhan yang lain hilang selepas bangunan kediaman 12 tingkat di utara Miami, Florida runtuh.

Mereka yang dikenalpasti adalah 102 orang manakala 99 lagi masih hilang, demikian menurut Datuk Bandar Miami-Dade, Danielle Levine-Cava.

14 lagi berjaya diselamatkan di sebalik serpihan runtuhan.

"Kami berdoa, kami menangis, kami berada di sini bersama keluarga yang terlibat,'' kata Levine Cava.

Polis memaklumkan sehingga kini masih tiada berita mengenai 99 orang yang masih hilang itu dan kemungkinan mereka berada di dalam apartment tersebut ketika ia runtuh.

Bagaimanapun tidak diketahui berapa ramai yang berada dalam bangunan itu ketika kejadian berlaku.

Punca bangunan yang dibina pada 1981 itu runtuh masih belum diketahui. Kira-kira 50 unit daripada keseluruhan 130 unit kediaman terbabit dalam kejadian tersebut.

Kebanyakan penghuninya berasal dari negara Latin Amerika dan mereka telah dilaporkan hilang oleh konsulat masing-masing.

Antara yang hilang adalah adik dan adik ipar kepada Wanita Pertama Paraguay, Lady Silvana Lopez Moreira, bersama tiga anak dan pembantu rumah mereka.

Kejadian berlaku ketika kebanyakan penghuni sedang nyenyak tidur.

''Separuh bangunan runtuh, ia tidak kelihatan lagi,'' kata seorang penduduk dari Argentina, Nicolas Fernandez.

Sementara itu, Presiden Joe Biden memaklumkan kepada wartawan bahawa pentadbirannya telah bersedia untuk menghantar bantuan kecemasan ke Florida dengan segera sekiranya diminta.

''Kepada penduduk Florida, apa jua pertolongan yang anda minta, kerajaan persekutuan akan menyediakannya, cuma minta, kami akan berada di sana,'' katanya. - BBC

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar