web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AS Arah 51 Kapal Berpatah Balik Dari Pelabuhan Iran

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2026 8:29AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HAMILTON (Kanada) - Amerika Syarikat (AS) menyatakan pada Selasa sebanyak 51 kapal yang cuba memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran telah diarah berpatah balik atau kembali ke pelabuhan di bawah sekatan maritimnya, lapor Anadolu Ajansi.

"Setakat hari ini, 51 kapal telah diarahkan berpatah balik atau kembali ke pelabuhan bagi menghalang kapal komersial daripada memasuki atau meninggalkan Iran," menurut kenyataan Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) menerusi platform X.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak dua buah kapal berbanding 49 kapal yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut CENTCOM, seorang kelasi AS yang bertugas di atas kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Michael Murphy (DDG 112) dilihat memantau operasi penerbangan di Laut Arab ketika tentera Amerika menguatkuasakan sekatan berkenaan.

Sejak 13 April, AS telah menguatkuasakan sekatan maritim yang menyasarkan trafik maritim Iran di Selat Hormuz. 

Tindakan itu sebagai tindak balas terhadap sekatan Iran ke atas laluan kapal melalui kawasan itu susulan peperangan yang bermula pada 28 Februari lepas, yang kini sedang ditangguhkan. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad