web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Ahli Keluarga Muslim Maut Dilanggar Trak Pikap Di Kanada

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 4:52PM

Seorang lelaki meletakkan bunga sebagai tanda penghormat di tapak di mana seorang lelaki melanggar sekeluarga Muslim di London, Ontario pada 7 Jun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TRENTON - Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Isnin menzahirkan kesedihannya di atas kematian empat anggota keluarga Islam yang terbunuh ketika pemandu sebuah trak pikap dengan sengaja melanggar mereka di London, Ontario, lapor Agensi Anadolu.

“Saya terkejut dengan berita dari London, Ontario,” kata ciapan Perdana Menteri.

“Kepada ahli keluarga mangsa tindakan kejam semalam (Ahad), kami bersama anda.

“Islamofobia tidak diterima dalam komuniti kita. Kebencian ini berbahaya dan keji - dan mesti dihentikan.”

Seorang lagi anggota keluarga malang itu, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, yang juga dilanggar dan kini berada di hospital dalam keadaan serius tetapi stabil.

“Kami juga sentiasa berada bersama anak itu yang berada di hospital - anda akan sentiasa berada dalam hati kami,” kata Trudeau.

Walaupun nama-nama mangsa belum didedahkan, polis mengatakan mangsa yang maut adalah wanita berusia 74 tahun, seorang lelaki, 46, seorang wanita, 44, dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 malam Ahad.

Menurut polis pemandu itu yang memakai perisai badan ditangkap tidak lama kemudian, kira-kira tujuh kilometer dari tempat kejadian.

Pemandu, Nathaniel Veltman, 20, telah didakwa dengan empat tuduhan bunuh dan satu tuduhan cubaan membunuh, kata polis.

“Terdapat bukti bahawa ia tindakan terancang, dan keluarga itu menjadi sasaran kerana beragama Islam,” kata Inspektor Detektif Polis London, Paul Waight pada taklimat media.

Dalam sidang media maya pada Isnin, Datuk Bandar London turut mengecam jenayah itu.

“Biar saya jelaskan, ini adalah tindakan pembunuhan besar-besaran yang dilakukan terhadap umat Islam, terhadap warga London, dan berpunca daripada  kebencian,” kata Datuk Bandar Ed Holder.

Menurut polis keluarga itu yang sedang berjalan berhenti untuk menyeberang di simpang ketika trak itu dipandu ke tepi jalan dan melanggar mereka. Veltman dijadualkan hadir di mahkamah pada Isnin nanti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesedaran Agama Makin Berkembang, Tapi Kefahaman Umat Islam Masih Rendah - PM

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Blackberry, Kerajaan Malaysia Meterai Perjanjian Keselamatan Siber

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad