web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WCK Mahukan Siasatan Bebas Terhadap Serangan Israel Ke Atas Petugas Bantuan Kemanusiaan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 6:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - The World Central Kitchen (WCK) pada Khamis meminta supaya satu siasatan bebas diadakan terhadap serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan pertubuhan itu dan membunuh tujuh petugas bantuan kemanusiaannya di Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

"Kami telah meminta Kerajaan Australia, Kanada, Amerika Syarikat (AS), Poland dan United Kingdom (UK) untuk menyertai kami bagi menuntut satu siasatan bebas melibatkan pihak ketiga terhadap serangan ini termasuk sama ada ia dilaksanakan dengan sengaja atau sebaliknya melanggar undang-undang antarabangsa, kata WCK dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawangnya. 

“Semalam bagi memastikan integriti siasatan, kami meminta Kerajaan Israel supaya segera memelihara segala dokumen, komunikasi, rakaman video/audio dan bahan-bahan lain yang berpotensi dan relevan dalam serangan 1 April itu.

“Ini merupakan satu serangan tentera yang melibatkan pelbagai serangan dan menyasarkan tiga kenderaan WCK.

“Kesemua tiga kenderaan itu membawa orang awam, kenderaan itu ditanda sebagai kenderaan WCK dan pergerakan mereka mematuhi sepenuhnya kehendak pihak berkuasa Israel yang tahu jadual perjalanan, laluan dan misi kemanusiaan mereka,” kata WCK.

la berkata, satu siasatan bebas merupakan satu-satunya cara untuk menentukan apa yang sebenarnya berlaku, memastikan ketelusan dan kebertanggungjawapan kepada mereka yang bertanggungjawab dan mengelakkan daripada serangan ke atas petugas bantuan kemanusiaan daripada serangan akan datang. 

Petugas yang terbunuh dalam serangan Israel itu adalah warganegara Australia, Poland, UK dan Palestin selain daripada mereka yang mempunyai dwikewarganegaraan AS-Kanada. - BERNAMA-WAFA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar