web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 8:32PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia pada Khamis memusnahkan kira-kira 19,800 buah mangga dari Malaysia yang dirampas di kawasan perairan Kepulauan Meranti, Riau pada 11 Mac.

Tindakan tersebut adalah bagi mengekang peredaran makanan tidak terjamin kualiti dan mengelak potensi kerugian negara sebanyak 131 juta rupiah (RM40,000), demikian menurut Pejabat Pengawasan Kastam dan Eksais Bengkalis.

"Selain menghalang pelanggaran kastam, kami membantu produk tempatan kekal berdaya saing dan melindunginya daripada persaingan produk luar negeri," kata ketua pejabat Agoes Widodo.

Agoes dalam kenyataan sebelum ini berkata, operasi penguatkuasaan patrol laut berjaya memintas kapal KM Zulfa 03 yang membawa muatan mangga Malaysia itu di sekitar Kuala Sungai Terus dan Perairan Desa Meranti Bunting pada kira-kira jam  6.30 pagi waktu tempatan 11 Мас.

"Tiga warga tempatan ditahan kerana tidak memiliki dokumen pembayaran cukai dan permit import, manakala seorang lagi yang lolos semasa penguatkuasaan masih diburu," katanya.

Buah mangga berkenaan dimusnahkan di Pejabat Kuarantin Haiwan, Ikan, dan Tumbuhan di Selatpanjang pada Khamis, mengikut prosedur kawal selia sedia ada disebabkan hasil rampasan yang mudah rosak. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar