web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyusutan Nilai Ringgit Bukan Isu Kepada Pelabur Australia - PM

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:07PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di Australia. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Penyusutan nilai mata wang ringgit tidak menjadi isu kepada pelabur Australia, malah mereka kekal berminat untuk melabur di Malaysia kerana yakin dengan asas ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam semua perbincangan beliau dengan pemimpin perniagaan dan eksekutif kanan syarikat Australia yang ditemui beliau ketika mengadakan lawatan rasmi ke negara itu, prestasi ringgit langsung tidak disentuh, sebaliknya mereka lebih berminat untuk mengetahui perkara asas ekonomi lain seperti pasaran saham serta inflasi.

Menjawab soalan yang dilontar mengenai prestasi ringgit semasa pertemuan beliau bersama diaspora Malaysia di sini pada Rabu, Perdana Menteri berkata, penyusutan nilai ringgit dikatakan faktor membimbangkan, namun ia tidak menjejaskan keyakinan pelabur.

"(Penyusutan nilai ringgit) membimbangkan tetapi tidak merunsingkan," katanya sambil menambah mata wang ringgit terikat dengan nilai kadar faedah di Amerika Syarikat, malah Gabenor Bank Negara Malaysia juga yakin ia akan mengukuh apabila terdapat aliran pelaburan ke negara ini.

"Jika tidak, kita tidak menerima pelaburan RM24.5 bilion dari Australia... (isu) ringgit langsung tidak mengganggu," katanya merujuk komitmen pelaburan syarikat Australia yang dinyatakan kepada beliau di sini.

Anwar turut menegaskan bahawa pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada tahun lalu adalah yang tertinggi dalam sejarah justeru itu, tidak munasabah pencapaian tersebut dilakar jika tiada keyakinan di pihak pelabur.

Beliau berkata, terdapat juga tindakan sementara bagi mengukuhkan ringgit antaranya melalui perdagangan Malaysia dengan China, yang tertinggi dengan kira-kira 25 peratus dagangan adalah dalam mata wang tempatan.

"Jika kita boleh kembangkan lagi perdagangan dalam mata wang tempatan, ia akan membantu. Saya percaya dengan angka-angka pelaburan sebegini, ringgit akan menguat," katanya.

Kepada soalan yang dikemukakan oleh seorang pelajar Malaysia di Australia, Perdana Menteri berkata, kebenaran akan diberikan kepada penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam yang telah menamatkan pengajian untuk menimba pengalaman kerja di negara itu.

Anwar berkata kebenaran itu boleh diberikan kerana beliau yang mempengerusikan mesyuarat berkaitan.

"Kita izinkan kalau ada peluang dan kesempatan untuk menimba pengalaman di Australia," katanya.

Beliau turut menggalakkan pelajar Malaysia di Australia berbincang dengan penaja masing-masing untuk mendapatkan kebenaran bagi tujuan itu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar berkata, Malaysia mesti berani melakukan perubahan dengan meninggalkan budaya lama untuk menjadikan negara dalam keadaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Perdana Menteri berkata, perubahan itu bukan hanya perlu dilaksanakan oleh kerajaan dan Jemaah Menteri tetapi juga rakyat.

Beliau berkata, tumpuan ke arah perubahan antaranya adalah membetulkan tatakelola, tadbir urus, menghentikan rasuah dan penyelewangan selain melaksanakan dasar yang jelas bagi meletakkan Malaysia sebagai negara gagah serta hebat.

"Jika perlu (laksana) transisi tenaga... kita buat. Kalau perlu transformasi digital, perubahan dari segi teknologi pertanian (kita buat)," katanya.

Anwar juga berkata, dalam tempoh setahun tiga bulan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, belum muncul satu kes pun yang menyaksikan 'Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri Kewangan yang berkuasa' cuba merompak kekayaan negara kerana ketegasan kerajaan dalam perkara berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad