web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parti Pemerintah Kemboja Menang Besar Dalam Pilihan Raya Senat

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 3:17PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Parti pemerintah Kemboja, Parti Rakyat Kemboja (CPP) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Senat negara itu pada Ahad, menurut jurucakap parti.

Jurucakap CPP, Sok Eysan yang merujuk kepada keputusan awal berkata, CPP memenangi majoriti besar undi dalam pilihan raya berkenaan.

"CPP memenangi sekurang-kurangnya 50 daripada 58 kerusi Senat yang dipertandingkan atau lebih 80 peratus daripada jumlah undi keseluruhan.

"Ini adalah satu lagi kejayaan besar bagi CPP selepas kami memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada Julai 2023," katanya kepada Xinhua.

Jurucakap itu turut mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri yang juga Presiden CPP, Samdech Techo Hun Sen, 71, akan mengambil alih jawatan presiden Dewan Senat selepas pilihan raya.

Presiden Dewan Senat akan memangku tugas ketua negara semasa raja berada di luar negara.

Dewan Senat mempunyai 62 kerusi, tetapi undian diadakan untuk 58 kerusi kerana dua senator akan dilantik oleh Raja Kemboja Norodom Sihamoni, manakala dua lagi oleh Dewan Negara.

Sebanyak empat parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya pada Ahad iaitu CPP, Parti Funcinpec, Khmer Will Party dan Nation Power Party.

Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) berkata, 11,730 atau 99.86 peratus daripada 11,747 pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya di 33 pusat mengundi di seluruh negara. - BERNAMA-XINHUA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad